TEMUBUAL KAJIAN IJAZAH SARJANA BERSAMA PELAJAR KUIS

28 Januari 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini berkesempatan meluangkan masa bagi satu sesi temubual Kajian Ijazah Sarjana bertempat di Pejabat Ketua Pengarah.

Temubual tersebut dijalankan oleh Puan Mashitah binti Nabees Khan, pelajar Ijazah Sarjana Syariah Undang-Undang, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang sedang menjalakan kajian yang bertajuk “Pengukuhan Institusi Kekeluargaan di Malaysia: Undang-Undang Perlindungan Warga Emas”.

Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengkaji asas Maqasid Syariah, dasar dan pelan tindakan yang terpakai melibatkan perlindungan warga emas di Malaysia selain mengenal pasti undang-undang dan keterbatasan undang-undang sedia ada di Malaysia.

Selain itu, dapatan kajian ini juga bakal mencadangkan penambahbaikan undang-undang melibatkan perlindungan warga emas di Malaysia.

Semoga segala input dan pandangan yang diberikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. dapat membantu dalam melengkapkan kajian ini dan diharapkan agar hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak di luar sana.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jul 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024