TEMURAMAH BERSAMA HARIAN METRO

1 Jun 2022 | Satu temuramah bersama YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dengan wartawan Harian Metro telah diadakan pada jam 2.00 petang tadi bertempat di Pejabat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Kompleks Islam Putrajaya.

Dalam sesi temubual tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. telah diajukan pertanyaan yang memberi fokus tentang kes perceraian melibatkan warga emas di seluruh negara termasuk punca perceraian dan kesan terhadap keluarga dan anak-anak.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam menjelaskan persoalan tersebut terlebih dahulu berkongsi statistik pendaftaran kes permohonan cerai melibatkan warga emas bagi tempoh 2017-2021 iaitu 9.88% dari jumlah keseluruhan kes cerai yang didaftarkan.

Menurut YAA Dato’ Setia Dr., antara lima (5) faktor utama yang menjadi punca penceraian dikalangan mereka yang sudah berusia dan sudah lama berumahtangga ini adalah tiada persefahaman antara pasangan suami isteri, masalah kewangan, pengabaian tanggungjawab di mana suami tidak menyediakan nafkah zahir dan batin yang mencukupi kepada isteri, pasangan mempunyai hubungan dengan wanita/lelaki lain serta tekanan emosi.

Selain itu, YAA Dato’ Setia Dr. turut berkongsi tentang kesan perceraian ibu-bapa warga emas kepada keluarga mereka, terutamanya anak-anak yang dewasa, cucu-cucu dan berkongsi solusi terbaik untuk mengelakkan daripada institusi kekeluargaan yang sudah lama terbina runtuh sama sekali.

Antara nasihat yang dikongsikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. kepada pasangan yang baharu berumah tangga dan pasangan suami isteri yang kini berdepan dengan situasi kritikal ini atau dalam proses perceraian adalah dengan menghayati peranan dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteriserta memahami tujuan sebuah perkahwinan.

Selain itu, pelbagai usaha dan program telah dijalankan dalam mengurangkan kes penceraian termasuk melalui agensi khususnya Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) melalui kursus pra, semasa dan pasca perkahwinan, program penerangan dan informasi melalui pelbagai platform media tentang memelihara institusi keluarga dan program bagi meningkatkan kesedaran berkaitan keluarga bahagia.

Di akhir temuramah, YAA Dato’ Setia Dr. bekesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Harian Metro dan berharap agar hubungan baik dengan para media seumpama ini dapat diteruskan demi membantu meningkatkan kesedaran orang awam berkaitan undang-undang keluarga Islam di Malaysia.

Last Updated on June 1, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024