TEMURAMAH BERSAMA KOSMO!

1 Disember 2021 | Satu temuramah bersama YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dengan wartawan Kosmo! telah diadakan pada jam 9.00 pagi tadi bertempat di Pejabat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Kompleks Islam Putrajaya.

Dalam sesi temubual tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. telah diajukan pertanyaan yang memberi fokus tentang cadangan tindakan sekatan akaun bank kepada suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh JKSM pada 22 November yang lalu.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam menjelaskan persoalan tersebut terlebih dahulu menerangkan secara mendalam tentang tindakan hiwalah/garnisi yang merupakan salah satu “senjata” baharu dalam menguatkuasakan perintah nafkah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah setelah pindaan dibuat terhadap 3 Akta yang melibatkan perkhidmatan kewangan.

Menurut YAA Dato’ Setia Dr , dari segi perundangan, “garnishee” bermaksud seseorang yang bukan penghutang penghakiman dan berada dalam bidang kuasa Mahkamah itu boleh diperintahkan untuk membayar kepada pemiutang penghakiman apa jua wang yang ada dalam simpanannya bagi pihak penghutang penghakiman.

Dalam erti kata lain, plaintif boleh memohon kepada Mahkamah untuk membekukan akaun defendan dan mengarahkan pihak bank untuk membayar wang yang ada dalam akaun itu bagi menyelesaikan hutang penghakiman.

Inisiatif yang digerakkan ini diharap bukan sahaja dapat menakutkan suami atau bekas suami yang bergelar bapa, tetapi dapat mengubah mereka untuk menjadi pemimpin yang lebih bertanggungjawab dalam menunaikan nafkah terhadap ahli keluarganya.

Di akhir temuramah, YAA Dato’ Setia Dr. bekesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kosmo! dan berharap agar hubungan baik dengan para media seumpama ini dapat diteruskan demi membantu menyebarluaskan peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKSM kepada orang ramai.

Temubual yang berlangsung selama hampir 40 minit bakal disiarkan di dalam kolum Wawancara di akhbar Kosmo! pada ahad ini.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024