USRATI JANNATI: JKSM DAN JAKIM SEDIA BEKERJASAMA BAGI PENERBITAN PROGRAM BARU DI RTM

23 November 2022|* YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mempengerusikan Mesyuarat Sinergi antara JKSM dan JAKIM bagi menerbitkan sebuah rancangan baru iaitu _Usrati Jannati_ di RTM.

Pelbagai perkara dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuklah dari aspek bentuk kerjasama, peruntukan kewangan dan pengisian bagi program berkenaan.

Program yang dirancang sebanyak 26 episod dan bakal bersiaran pada 2023 memberi penekanan terhadap isu perundangan dan kehakiman syariah, kes-kes yang pernah diputuskan di mahkamah serta isu-isu yang melibatkan permasalahan rumahtangga seperti nafkah, fasakh, mutaah, harta pusaka, kesalahan matrimoni dan sebagainya.

Kerjasama strategik ini bertujuan menyebarluaskan lagi fungsi, peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kedua-dua agensi tersebut, sekaligus membantu merungkai isu-isu kekeluargaan yang dihadapi oleh masyarakat khususnya para wanita.

Untuk rekod, delegasi JAKIM diketuai oleh Puan Wan Wizana Hashim (Pengarah Bahagian Penyiaran), Encik Idzham Hadi bin Sidik (Penolong Pengarah Kanan, Unit Majalah dan Dokumentari), Ustazah Nazirah Abu Bakar (Pen. Pengarah Kanan Bahagian Penyiaran), Ustazah Yuhaniz Mohd Yusof (Pen. Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti), Encik Ahmad Shaiful Redha bin Razak (Jurutera Penyiaran), Encik Azmeer bin Hamzah (Penerbit, Unit Majalah dan Dokumentari) dan Puan Sakinaton A.Aziz (Pen. Penerbit Unit Majalah dan Dokumentari).

Sebelum mesyuarat berlangsung, para delegasi dibawa ke Studio JKSM yg terletak di Aras 6, Jabatan berkenaan.

Last Updated on November 24, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024