11 Mac 2022: Bahagian Latihan JKSM meneruskan tradisi revolusi ilmiah untuk warga kehakiman dan perundangan syariah melalui Webinar Daurah Mukathafah Nusus Fiqhiyyah Syafi’iyyah (Mughni Muntaj) Lil Imam Khatib Al-Syarbini Siri 1/2022 khas bersama YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seluruh Malaysia yang dikendalikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Yusoff bin Mohamed yang merupakan Pakar Turath JKSM merangkap Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.
Program yang telah diluluskan dalam Pelan Operasi Latihan JKSM 2022 yang akan dijalankan sebanyak 10 siri sepanjang tahun 2022 ini akan dicernakan oleh para penceramah dan tenaga Pakar Turath JKSM bersama para peserta untuk terus memperkasakan kefahaman dan kepakaran para Hakim Syarie dalam Fiqh Perundangan Mazhab Syafie. Program pada hari ini melibatkan penyertaan seramai 117 orang peserta melalui aplikasi atas talian Cisco Webex JKSM.
Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran para peserta berkaitan nas-nas, kaedah, perbahasan dan prinsip ilmu fekah mazhab Imam al-Syafie dan para fuqaha mazhab dalam menentukan sesuatu hukum berdasarkan isu lampau dan isu-isu semasa dalam perundangan dan kehakiman. JKSM sebagai agensi penyelaras perundangan dan kehakiman lslam di Malaysia akan terus memainkan peranan menghidupkan revolusi ilmu di kalangan Pegawai Syariah yang menjadi tulang belakang institusi kehakiman syariah negara.


Last Updated on Mac 11, 2022