WEBINAR INTENSIF DAURAH MUKATHAFAH NUSUS FIQHIYYAH SYAFI’IYYAH (MUGHNI MUNTAJ) LIL IMAM KHATIB AL-SYARBINI SIRI 4 /2022

JUMAAT, 22 April 2022: Bahagian Latihan JKSM meneruskan lagi Program Intensif Daurah Mukathafah Nusus Fiqhiyyah Syafi’iyyah (Mughni Muntaj) Lil Imam Khatib Al-Syarbini Siri 4/2022 khas bersama para peserta yang terdiri daripada YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seluruh Malaysia pada hari ini bersama Penceramah Al-Fadhil Tuan Haji Yusoff bin Mohamed dan Tuan Nabil bin Dato’ Muhammad Shukri yang merupakan antara Pakar Turath JKSM merangkap Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga dan Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.

Daurah siri 4/2022 pada kali ini membahaskan sambungan tajuk syarat- syarat perlantikkan Hakim dan Peguam di dalam sistem kehakiman dan perundangan lslam dengan lebih terperinci di sisi syarak sebagaimana perbahasan ulama-ulama fiqh muktabar dalam mazhab Syafié. Perbahasan dan pelaksanaan lanjut isu perlantikkan Hakim di kalangan wanita dan juga amalan dari zaman Sahabat hingga kini dibincangkan dan disyarahkan oleh Penceramah bersama para Peserta yang kekal komitmen sejak Siri 1/2022 hingga siri 4/2022 hari ini dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari tadi.

Last Updated on April 22, 2022

Kalendar JKSM

Events in Mac 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Februari 27, 2023(1 event) Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023
Mac 6, 2023(1 event) Mac 7, 2023 Mac 8, 2023 Mac 9, 2023 Mac 10, 2023 Mac 11, 2023 Mac 12, 2023
Mac 13, 2023 Mac 14, 2023 Mac 15, 2023 Mac 16, 2023(1 event) Mac 17, 2023 Mac 18, 2023 Mac 19, 2023
Mac 20, 2023 Mac 21, 2023 Mac 22, 2023(1 event) Mac 23, 2023 Mac 24, 2023 Mac 25, 2023 Mac 26, 2023
Mac 27, 2023(1 event) Mac 28, 2023 Mac 29, 2023 Mac 30, 2023(3 events) Mac 31, 2023(3 events) April 1, 2023 April 2, 2023