WEBINAR INTENSIF DAURAH MUKATHAFAH NUSUS FIQHIYYAH SYAFI’IYYAH (MUGHNI MUNTAJ) LIL IMAM KHATIB AL-SYARBINI SIRI 5 /2022

JUMAAT, 20 Mei 2022: Bahagian Latihan JKSM meneruskan lagi Program Intensif Daurah Mukathafah Nusus Fiqhiyyah Syafi’iyyah (Mughni Muntaj) Lil Imam Khatib Al-Syarbini Siri 4/2022 khas bersama para peserta yang terdiri daripada YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seluruh Malaysia pada hari ini bersama Penceramah Al-Fadhil Tuan Shukeri Najib Ab. Rahim (Mahkamah Syariah Negeri Melaka), Tuan Haji Yusoff bin Mohamed (Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga Negeri Kelantan) dan Tuan Nabil bin Dato’ Muhammad Shukri (Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan) yang merupakan antara tenaga Pakar Turath JKSM.

Daurah siri 5/2022 pada kali ini disertai kira-kira 70 orang YA Hakim Mahkamah Tinggi dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah dari seluruh Malaysia. Daurah hari ini membahaskan sambungan tajuk berkaitan Hibah dan Pengurusan Harta dalam perundangan lslam dan sistem kehakiman dan perundangan lslam dengan lebih terperinci berkaitan peranan Hakim Syarie di sisi syarak sebagaimana perbahasan ulama-ulama fiqh muktabar dalam mazhab Syafié, amalan dari zaman Sahabat hingga permasalahan terkini dibincangkan dan disyarahkan oleh Penceramah bersama para Peserta yang kekal komitmen sejak Siri 1/2022 hingga siri 5/2022 hari ini dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari tadi.

JKSM sebagai agensi yang bertangungjawab melalui Bahagian Latihan akan terus berusaha memperkasakan sistem kehakiman dan perundangan syariah serta melahirkan Hakim Syarie yang kompeten berhadapan dengan sebarang permasalahan dan isu semasa di lapangan.

Last Updated on Mei 21, 2022

Kalendar JKSM

Events in Jun 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Mei 30, 2022(1 event) Mei 31, 2022(1 event) Jun 1, 2022(1 event) Jun 2, 2022 Jun 3, 2022(1 event) Jun 4, 2022 Jun 5, 2022
Jun 6, 2022 Jun 7, 2022 Jun 8, 2022 Jun 9, 2022 Jun 10, 2022(1 event) Jun 11, 2022 Jun 12, 2022
Jun 13, 2022 Jun 14, 2022(2 events) Jun 15, 2022 Jun 16, 2022 Jun 17, 2022(1 event) Jun 18, 2022 Jun 19, 2022
Jun 20, 2022(1 event) Jun 21, 2022(1 event) Jun 22, 2022(1 event) Jun 23, 2022(1 event) Jun 24, 2022(1 event) Jun 25, 2022 Jun 26, 2022
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022