WEBINAR INTENSIF DAURAH MUKATHAFAH NUSŪS FIQHIYYAH SYAR’IYYAH (MUGHNI AL-MUHTĀJ) LIL IMĀM KHATIB AL-SYIRBINI SIRI 9 /2022

JUMAAT, 9 September 2022 – Bahagian Latihan JKSM pada hari ini melanjutkan siri pembacaan dan perbahasan kitab melalui program Webinar Daurah Mukathafah Nusūs Fiqhiyyah Syariyyah (Mughni al-Muhtāj) Lil Imām Khatib al-Syirbini. Program yang telah berjalan sejak awal tahun ini bersiaran untuk kali yang ke-9 dengan menyasarkan peserta daripada kumpulan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah seluruh Malaysia.

Penganjuran program ini berhasrat untuk memenuhi matlamatnya iaitu memastikan kefahaman peserta terus diperteguhkan dengan prinsip fiqh mazhab syafie, oleh itu perbahasan dan pandangan adalah berpaksikan kepada mazhab tersebut dalam lingkungan teks klasik Mughni al-Muhtaj.

.

Daurah pada kali ini menampilkan dua orang penceramah pakar turath iaitu Al-Fadhil Tuan Haji Yusof bin Mohamad Al-Hafiz, dan Al-Fadhil Tuan Nabil bin Dato’ Mohammad Shukri yang meletakkan titik fokal perbincangan pada ruang lingkup Al-Qada’ (Kehakiman) di bawah subtopik kuasa pemerintah untuk melantik hakim, syarat dan kelayakan hakim, protokol dan tadbir urus kehakiman serta kupasan-kupasan menarik lain yang disesuaikan dengan konteks terkini.

.

Apa yang menarik dalam Daurah pada kali ini, YAA Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM telah berbesar hati membuat penampilan istimewa dan sempat meramahi penceramah dan peserta.

.

Program Webinar Intensif Daurah Mukathafah Nusūs Fiqhiyyah Syar’iyyah (Mughni al-Muhtāj) Lil Imām Khatib al-Syirbini Siri 9/2022 ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari serta dijangka akan bersiaran buat kali yang terakhir untuk tahun ini pada 14 Oktober 2022 (Siri ke-10).

Last Updated on September 9, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024