WEBINAR QAWAID AL-MAQASID KITAB KARANGAN PROF. DR. AHMAD SHEIKH AL RAISUNI

24 November 2020 : YAA Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah berkesempatan menyampaikan ucaptama di dalam Webinar Qawaid Al-Maqasid anjuran Bahagian Latihan JKSM menerusi aplikasi Cisco Webex.


Webinar yang turut disiarkan secara langsung (live) melalui Laman Rasmi Facebook Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menampilkan tokoh disegani iaitu Al-Fadhil Ustaz Fauwaz bin Dato Fadzil Noor yang merupakan Penceramah Bebas, Konsultan Syariah Telaga Biru Sdn Bhd, Pakar Fiqh dan Usul Fiqh serta ahli Ulama’ lslam Sedunia.


YAA Dato’ Dr. dalam ucaptama merakamkan ucapan penghargaan kepada Bahagian Latihan JKSM selaku Urusetia dan Penganjur program serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Al-Fadhil Ustaz Fauwaz yang telah dan akan terus berkongsi ilmu berkaitan Qawaid Al-Maqasid Kitab Karangan Prof. Dr. Ahmad Sheikh Al-Raisuni yang juga merupakan Ketua Persatuan Ulama Islam Sedunia.


Menurut YAA Dato’ Dr., pemilihan tajuk program pada hari ini adalah sangat sesuai dan bertepatan dengan situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia di mana JKSM melalui Mahkamah-Mahkamah Syariah bertanggungjawab untuk menguruskan pelbagai permasalahan ummah melibatkan hukum hakam dan perundangan syariah yang memerlukan kebijaksanaan, pengetahuan, pertimbangan dan kemahiran dalam menyelesaikan sebarang permasalahan semasa umat Islam di mahkamah syariah.


YAA Dato’ Dr. turut berkongsi perkembangan Institusi kehakiman Islam sama ada di peringkat global mahupun di dalam negara kita khasnya di Mahkamah Syariah menunjukkan perkembangan yang pesat pembangunannya dan menunjukan variasi kes-kes baru yang mempunyai isu-isu yang mencabar dan tiada perbahasan yang jelas dikalangan ulama silam.


Ilmu Maqasid ini turut dijadikan sebagai parameter dan kayu ukur kepada bidang perundangan dan kehakiman itu sendiri dan sangat penting untuk dihadami, difahami dan dikuasai oleh semua Pegawai Syariah khasnya yang bertanggungjawab sebagai pelaksana perundangan dan kehakiman syariah di lapangan.


Di akhir ucaptama, YAA Dato’ Dr. mengharapkan agar semua peserta webinar mengambil peluang dalam perkongsian ilmu hari ini dan dapat memberikan komitmen penuh sepanjang perjalanan program berlangsung.

Last Updated on Disember 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in Julai 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022
Julai 4, 2022(1 event) Julai 5, 2022 Julai 6, 2022 Julai 7, 2022 Julai 8, 2022 Julai 9, 2022 Julai 10, 2022
Julai 11, 2022 Julai 12, 2022 Julai 13, 2022 Julai 14, 2022 Julai 15, 2022(1 event) Julai 16, 2022 Julai 17, 2022
Julai 18, 2022(1 event) Julai 19, 2022 Julai 20, 2022 Julai 21, 2022 Julai 22, 2022 Julai 23, 2022 Julai 24, 2022
Julai 25, 2022 Julai 26, 2022 Julai 27, 2022(1 event) Julai 28, 2022(1 event) Julai 29, 2022(2 events) Julai 30, 2022 Julai 31, 2022