WEBINAR TERBUKA TAFAQQUH QAWAID ALMAQASID SIRI 7 2021

JUMAAT, 6 Ogos 2021: Bahagian Latihan JKSM telah menganjurkan Webinar Terbuka Tafaqquh Qawaid Almaqasid kitab Karangan Shekh Dr. Ahmad Arraisuni (Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia) Siri 7/2021 kepada semua Pegawai Syariah seluruh Malaysia yang dikendalikan oleh Pendakwah Profesional Al-Fadhil Ustaz Fauwaz bin Dato Fadzil Noor.

Program pengajian kitab secara ini telah dihadiri oleh 199 orang peserta yang terdiri daripada Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Yang Amat Arif Ketua-Ketua Hakim Syarie, Ketua-Ketua Pendakwa Syarie , Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan dan Kehakiman JKSM, Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM, Ketua Pendaftar JKSN/MSN, Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-Pegawai Syariah di JKSM/JKSN/ MSN, Pendakwa Syarie, Peguam Syarie JBG dan Pegawai-Pegawai Kader Syariah di AGC,PPUU melalui aplikasi atas talian Cisco Webex.

JKSM sebagai agensi penyelaras perundangan dan kehakiman lslam di Malaysia bertanggungjawab untuk terus berusaha memastikan pengurusan pelbagai permasalahan ummah melibatkan hukum hakam dan perundangan yang memerlukan kebijaksanaan, pengetahuan dan pertimbangan yang adil melalui kemahiran ilmu fiqh dan maqasid dikalangan warga perundangan dan kehakiman syariah.

Last Updated on December 22, 2021

Kalendar JKSM

Week of Jul 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024