WEBINAR TERBUKA TAFAQQUH QAWAID ALMAQASID SIRI 8/2021

JUMAAT, 27 Ogos 2021: Bahagian Latihan JKSM telah menganjurkan Webinar Terbuka Tafaqquh Qawaid Almaqasid kitab Karangan Shekh Dr. Ahmad Arraisuni (Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia) Siri 8/2021 kepada semua Pegawai Syariah seluruh Malaysia yang dikendalikan oleh Pendakwah Profesional Al-Fadhil Ustaz Fauwaz bin Dato Fadzil Noor.

Program pengajian kitab secara online ini telah dihadiri oleh 148 orang peserta yang terdiri daripada Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Yang Amat Arif Ketua-Ketua Hakim Syarie, Ketua-Ketua Pendakwa Syarie , Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan dan Kehakiman JKSM, Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM, Ketua Pendaftar JKSN/MSN, Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-Pegawai Syariah di JKSM/JKSN/ MSN, Pendakwa Syarie, Peguam Syarie JBG dan Pegawai-Pegawai Kader Syariah di AGC,PPUU melalui aplikasi atas talian Cisco Webex.

JKSM sebagai agensi penyelaras perundangan dan kehakiman lslam di Malaysia akan terus berusaha memastikan pengurusan pelbagai permasalahan ummah melibatkan hukum hakam dan perundangan yang memerlukan kebijaksanaan, pengetahuan dan pertimbangan yang adil melalui kemahiran ilmu fiqh dan maqasid dikalangan warga perundangan dan kehakiman syariah diperkasa dan dimartabatkan sebaiknya.

Last Updated on December 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in June 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 30, 2022(1 event) May 31, 2022(1 event) June 1, 2022(1 event) June 2, 2022 June 3, 2022(1 event) June 4, 2022 June 5, 2022
June 6, 2022 June 7, 2022 June 8, 2022 June 9, 2022 June 10, 2022(1 event) June 11, 2022 June 12, 2022
June 13, 2022 June 14, 2022(2 events) June 15, 2022 June 16, 2022 June 17, 2022(1 event) June 18, 2022 June 19, 2022
June 20, 2022(1 event) June 21, 2022(1 event) June 22, 2022(1 event) June 23, 2022(1 event) June 24, 2022(1 event) June 25, 2022 June 26, 2022
June 27, 2022(2 events) June 28, 2022(1 event) June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022(2 events) July 2, 2022 July 3, 2022