WEBINAR TERBUKA TAFAQQUH QAWAID ALMAQASID

2 Julai 2021 | Bahagian Latihan JKSM telah menganjurkan Webinar Terbuka Tafaqquh Qawaid Almaqasid kitab Karangan Shekh Dr. Ahmad Arraisuni (Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia) Siri 6/2021 kepada semua Pegawai Syariah seluruh Malaysia yang dikendalikan oleh Pendakwah Profesional Al-Fadhil Ustaz Fauwaz bin Dato Fadzil Noor.

Program pengajian kitab secara bersiri dan mengupas isu-isu semasa, kaedah serta persoalan fiqh maqasid ini telah dihadiri oleh 221 orang peserta yang terdiri daripada Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Yang Amat Arif Ketua-Ketua Hakim Syarie, Ketua-Ketua Pendakwa Syarie , Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan dan Kehakiman JKSM, Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM, Ketua Pendaftar JKSN/MSN, Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-Pegawai Syariah di JKSM/JKSN/ MSN, Pendakwa Syarie, Peguam Syarie JBG dan Pegawai-Pegawai Kader Syariah di AGC,PPUU melalui aplikasi atas talian Cisco Webex.

Ilmu Maqasid merupakan ilmu pengetahuan yang sangat diperlukan dan berfungsi sebagai parameter serta kayu ukur kepada bidang perundangan dan kehakiman syariah itu sendiri. Ilmu yang kaya dengan pelbagai kaedah fiqh ini sangat penting untuk dihadami, difahami dan dikuasai oleh semua Pegawai Syariah yang bertanggungjawab sebagai pelaksana perundangan dan kehakiman syariah di lapangan dan perlu mencari penyelesaian terbaik pelbagai masaalah dan isu ummah yang berbangkit.

JKSM komited untuk memastikan ilmu ini difahami dan menjadi nilai tambah yang perlu ada kepada setiap Pegawai Syariah di Malaysia.

Last Updated on Disember 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in Februari 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Januari 30, 2023(1 event) Januari 31, 2023(1 event) Februari 1, 2023 Februari 2, 2023(2 events) Februari 3, 2023 Februari 4, 2023 Februari 5, 2023
Februari 6, 2023 Februari 7, 2023(1 event) Februari 8, 2023 Februari 9, 2023(1 event) Februari 10, 2023(1 event) Februari 11, 2023 Februari 12, 2023
Februari 13, 2023(1 event) Februari 14, 2023(1 event) Februari 15, 2023 Februari 16, 2023 Februari 17, 2023 Februari 18, 2023 Februari 19, 2023
Februari 20, 2023(1 event) Februari 21, 2023(1 event) Februari 22, 2023(1 event) Februari 23, 2023 Februari 24, 2023 Februari 25, 2023 Februari 26, 2023
Februari 27, 2023(1 event) Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023