WEBINAR UNDANG-UNDANG (PENULISAN PENGHAKIMAN BERKESAN) SIRI PERTAMA 2021

17 Mac 2021: Bahagian Latihan JKSM dengan kerjasama Mahkamah Persekutuan Malaysia telah menganjurkan Webinar Undang-Undang ( Penulisan Penghakiman Berkesan ) Siri Pertama 2021 melibatkan peserta-peserta khas yang terdiri daripada YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seluruh Malaysia/ Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan Syariah JKSM/ Penolong Penasihat Undang-Undang Syariah di Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Peguam Syarie Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara menerusi aplikasi Cisco Webex secara atas talian.

Program yang dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula hari ini 17 Mac 2021 hingga 18 Mac 2021 telah dihadiri oleh seramai 83 orang peserta. Program ini turut dihadiri oleh YA Hakim-Hakim Rayuan JKSM, YAA Ketua-Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri, Tuan Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Kehakiman JKSM, Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM dan Pegawai-Pegawai Kanan JKSM.

YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar selaku Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM dalam ucapan aluannya merakamkan setinggi tinggi penghargan dan terima kasih kepada barisan Penceramah yang diketuai oleh YA Datuk Seri Mohd Zawawi bin Salleh, YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, YA Dato Abdul Rahman bin Sebli, YA Dato Lee Swee Seng dan YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat selaku Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang sudi dan begitu komited berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman bersama warga perundangan syarie.

Ini merupakan sejarah buat JKSM khasnya dan warga perundangan syarie kerana berpeluang bersama tokoh-tokoh kehakiman yang disegani ini. YAA Dato’ Setia Dr. juga mengingatkan dan mengharapkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah khasnya sebagai Hakim Perbicaraan terus memperkasakan kriteria sebagai seorang Hakim yang patut ada dalam setiap diri bagi memastikan setiap penghakiman yang dibuat berkualiti dan berkesan. Konsep-konsep utama untuk meningkatkan keupayaan penulisan alasan penghakiman menggunakan pendekatan 5C iaitu Clear (jelas), Concise (padat), Comprehensive (menyeluruh), Coherent (teratur), dan Convincing (menyakinkan) perlulah sentiasa diamalkan.

Seterusnya YAA Dato’ Setia juga mengharapkan para peserta terus berusaha menambahkan ilmu pengetahuan, kepakaran dan memastikan kualiti yang terbaik dalam setiap penulisan penghakiman. Tiga tunggak penting yang mesti dihayati oleh para hakim, iaitu pertama kebebasan kehakiman, kedua integriti dan ketiga saksama dan tidak berpihak.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Week of Jun 5th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024 June 6, 2024 June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024