πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ π‡π€πŠπˆπŒ π’π˜π€π‘πˆπ„ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŠπ„ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 πŠπ„π“π”π€ π‡π€πŠπˆπŒ π’π˜π€π‘πˆπ„ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

PUTRAJAYA, 11 November – Ketua Hakim Syarie Selangor, YAA Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Hakim Syarie Malaysia merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, di pejabat beliau di Putrajaya hari ini.

Kunjungan rasmi ini merupakan yang pertama selepas pelantikan dan pentauliahan YAA Puan Nenney Shuhaidah sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor pada 30 Oktober 2025, sekali gus menjadikan beliau wanita pertama memegang jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman Syariah di negeri tersebut.

Dalam sesi pertemuan itu, YAA Dato’ Haji Mohd Amran menyampaikan harapan yang tinggi terhadap kepimpinan baharu ini, sambil menegaskan bahawa pelantikan tersebut membawa amanah dan tanggungjawab besar dalam meneruskan usaha memartabatkan institusi kehakiman Syariah di Malaysia.

Beliau turut menekankan bahawa pelantikan bersejarah ini membuktikan komitmen JKSM untuk tidak menjadikan isu jantina sebagai penghalang dalam menentukan kemampuan seseorang untuk memimpin. Sebaliknya, JKSM menilai berdasarkan kelayakan, integriti dan rekod kecemerlangan perkhidmatan.

Kunjungan hormat ini turut menjadi platform untuk membincangkan hala tuju strategik, kerjasama antara JKSM dan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) serta inisiatif bersama bagi meningkatkan mutu penyampaian keadilan Syariah kepada masyarakat.

Perbincangan ini juga membuka ruang kepada JAKESS untuk menyelaraskan pelbagai agenda pemerkasaan perundangan, pentadbiran dan inovasi kehakiman seiring dengan aspirasi JKSM ke arah sistem kehakiman Syariah yang lebih progresif, cekap dan berkesan.

Last Updated on November 12, 2025

Kalendar JKSM

Events in December 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
December 1, 2025 December 2, 2025 December 3, 2025(2 events) December 4, 2025 December 5, 2025(1 event) December 6, 2025 December 7, 2025
December 8, 2025 December 9, 2025(3 events) December 10, 2025(1 event) December 11, 2025(1 event) December 12, 2025(1 event) December 13, 2025 December 14, 2025
December 15, 2025(1 event) December 16, 2025 December 17, 2025 December 18, 2025 December 19, 2025 December 20, 2025 December 21, 2025
December 22, 2025 December 23, 2025 December 24, 2025 December 25, 2025 December 26, 2025 December 27, 2025 December 28, 2025
December 29, 2025 December 30, 2025 December 31, 2025 January 1, 2026 January 2, 2026 January 3, 2026 January 4, 2026