𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐊𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝓚𝓞𝓣𝓐 𝓑𝓗𝓐𝓡𝓤 | Majlis Penyampaian Dana Bantuan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (BSK JKSKN) telah diadakan pada 04 November 2025 bertempat di Hotel IBIS Style Kota Bharu, Kelantan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAA Dato’ Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan. Turut hadir YBrs. Tuan Mohd Zakian bin Dio, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), YM Tuan Raja Mazelan bin Raja Deraman, Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, YBrs. Tuan Haji Khairuddin bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan AmanahRaya, Puan Maria binti Jilani, Pengarah BSK JKSM serta ahli Jawatankuasa Pentadbiran Akaun Amanah BSK JKSKN.

Pada majlis ini, seramai 21 orang telah dipilih sebagai penerima dana bantuan nafkah BSK JKSKN. Pemilihan nama-nama penerima ini telah ditentukan melalui penilaian had kifayah yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Di samping itu, para penerima juga merupakan pelanggan berdaftar dengan BSK JKSKN.

YAA Dato’ Haji Ibrahim bin Deris dalam ucapan perasmiannya mengharapkan bantuan nafkah yang disampaikan sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban para penerima dan anak-anak yang telah dinafikan hak nafkah oleh bekas suami/bapa.

Semoga inisiatif sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memastikan para pelanggan BSK yang berhak menerima bantuan nafkah dapat dibantu dengan sewajarnya.

Pada majlis yang sama, Puan Maria binti Jilani, Pengarah BSK JKSM telah menyampaikan Buku Panduan BSK versi Braille kepada YAA Dato’ Haji Ibrahim bin Deris sebagai panduan kepada pelanggan OKU cacat penglihatan di Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan.

𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚

𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧/

𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

Last Updated on November 12, 2025

Kalendar JKSM

Events in June 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 1, 2026 June 2, 2026 June 3, 2026 June 4, 2026 June 5, 2026 June 6, 2026 June 7, 2026
June 8, 2026 June 9, 2026 June 10, 2026 June 11, 2026 June 12, 2026 June 13, 2026 June 14, 2026
June 15, 2026 June 16, 2026 June 17, 2026 June 18, 2026 June 19, 2026 June 20, 2026 June 21, 2026
June 22, 2026 June 23, 2026 June 24, 2026 June 25, 2026 June 26, 2026 June 27, 2026 June 28, 2026
June 29, 2026 June 30, 2026 July 1, 2026 July 2, 2026 July 3, 2026 July 4, 2026 July 5, 2026