ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐄-ππ„πŒππ„π‹π€π‰π€π‘π€π π’π„πŠπ“πŽπ‘ π€π–π€πŒ (𝐄𝐏𝐒𝐀) 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‡π€πŠπˆπŒπ€π π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π‰πŠπ’πŒ) ππ„π‘π’π€πŒπ€ πˆππ’π“πˆπ“π”π“ π“π€πƒππˆπ‘π€π π€π–π€πŒ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (πˆππ“π€π)

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Bahagian Latihan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Bengkel ini diadakan selama 3 hari bermula dari 13 hingga 15 Mei 2025 bertempat di Bilik Latihan Syariah, JKSM dan telah disertai seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada pakar bidang untuk Modul Kursus EPSA JKSM dan Teknologi Maklumat.

Penceramah jemputan pada bengkel kali ini ialah YBrs. Puan Hennes Henyss Lobenden, Penolong Pengarah Kanan dari Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pembangunan Teknologi (IMATEC), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan di bantu oleh YBrs. Puan Roszela binti Abdullah, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat selaku fasilitator sepanjang tiga hari berbengkel.

Bengkel ini juga diadakan bertujuan untuk menerangkan kepada para peserta proses pembangunan bahan kursus EPSA bertepatan dengan Garis Panduan Pembangunan Bahan Kursus EPSA yang menerangkan struktur dan kaedah asas dalam penyediaan bahan kursus EPSA serta mengenal pasti elemen multimedia dan reka bentuk teknikal dalam pembangunan bahan kursus EPSA.

Untuk rekod, JKSM sebelum ini merupakan penyumbang bahan e-Pembelajaran EPSA dalam bidang Undang-Undang Jenayah Syariah dan kini sudah tiba masanya untuk JKSM membangunkan bahan e-Pembelajaran dalam bidang Undang-Undang Tatacara Mal, Faraid dan Sulh.

Bahagian Latihan amat komited dan memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti penambahbaikan pengurusan dan kualiti latihan bagi meningkatkan profesionalisme Pegawai Syariah di JKSM/JKSN/MSN dan kader di seluruh Malaysia. Kerjasama antara kedua-dua agensi ini merupakan simbol sinergi berkesan dan berimpak tinggi dalam meningkatkan pengetahuan masyarakat dalam bidang perundangan Syariah di Malaysia.

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ π‘³π’‚π’•π’Šπ’‰π’‚π’

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on May 15, 2025

Kalendar JKSM

Events in May 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 28, 2025 April 29, 2025 April 30, 2025 May 1, 2025 May 2, 2025(2 events) May 3, 2025 May 4, 2025
May 5, 2025 May 6, 2025 May 7, 2025 May 8, 2025(1 event) May 9, 2025(1 event) May 10, 2025 May 11, 2025
May 12, 2025 May 13, 2025(1 event) May 14, 2025(2 events) May 15, 2025(1 event) May 16, 2025 May 17, 2025 May 18, 2025
May 19, 2025(1 event) May 20, 2025(1 event) May 21, 2025(1 event) May 22, 2025 May 23, 2025 May 24, 2025 May 25, 2025
May 26, 2025 May 27, 2025 May 28, 2025 May 29, 2025 May 30, 2025 May 31, 2025 June 1, 2025