π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‹πˆπ“π„π‘π€π’πˆ π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ πŒπ€πƒπ€ππˆ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† πŸπŸŽπŸπŸ“ πŒπ„π‘πˆπ€π‡πŠπ€π

𝑩𝑨𝑳𝑰𝑲 𝑷𝑼𝑳𝑨𝑼 | Hari kedua Program Literasi Syariah dan Cakna MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2025 berlangsung meriah dengan pengisian utama ceramah syariah serta majlis perasmian yang diadakan di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan ceramah syariah bertajuk β€œPengurusan Harta Orang Islam Melalui Instrumen Hibah” yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki bin Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ceramah ini memberi pencerahan mendalam kepada para peserta mengenai konsep hibah sebagai salah satu kaedah agihan harta secara sah menurut undang-undang Syariah di Malaysia.

Dalam pembentangan beliau, SS Mufti menekankan kepentingan perancangan harta secara berhemah dan berpandukan hukum, agar dapat mengelakkan pertikaian dalam kalangan waris. Penjelasan mengenai prosedur hibah, perbezaannya dengan wasiat serta peranan Mahkamah Syariah dalam pengesahan dokumen hibah turut dikupas dengan terperinci. Penyertaan aktif daripada para peserta menggambarkan minat mendalam masyarakat terhadap isu pengurusan harta Islam.

Majlis diteruskan dengan acara perasmian bermula pada jam 11.30 pagi dengan didahului ucapan aluan daripada Yang Amat Arif Dato’ Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Dalam ucapannya, beliau menyatakan komitmen JKSM dalam memperluas usaha literasi undang-undang Syariah kepada rakyat sebagai salah satu tanggungjawab institusi kehakiman dalam mendidik masyarakat mengenai hak dan tanggungjawab mereka di sisi hukum Islam. Usaha sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur atas inisiatif mendekatkan institusi Syariah dengan rakyat. Beliau turut menyatakan bahawa usaha ini selari dengan semangat Malaysia Madani yang menekankan prinsip keadilan, ilmu dan rahmah dalam pentadbiran negara.

Selain Masyarakat dapat memahami syariah secara maqasid, beliau juga mencadangkan agar semua pihak dapat mempromosikan Wakaf Zurri kerana Wakaf zurri atau wakaf ahli bertujuan untuk memberi manfaat kepada wakif, ahli keluarganya, keturunannya dan masyarakat yang tertentu tanpa melihat kedudukan masyarakat tersebut. Ia ditujukan khas buat ahli keluarga dan masyarakat umat Islam sebagai penerima manfaat atau hasil yang diperolehi melalui wakaf zurri.

Keistimewaan wakaf zurri ini disebut bukan sahaja diperolehi oleh keturunan atau waris sahaja malah manfaat yang diperolehi turut membantu dari segi penjanaan perkembangan ekonomi negara. Selain daripada itu, beliau turut menekankan prinsip dan elemen wakaf zurri ini berlandaskan maqasid al-syariah iaitu melindungi dan menjaga harta keturunan.

Sebagai simbolik kepada cakna kebajikan, turut diadakan penyampaian Bakul Rahmah dan Kit Zakat kepada golongan memerlukan di sekitar kawasan Balik Pulau.

𝑲𝒆𝒍𝒂𝒃 π‘²π’†π’ƒπ’‚π’‹π’Šπ’Œπ’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π‘Ίπ’–π’Œπ’‚π’

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on July 10, 2025

Kalendar JKSM

Events in February 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 26, 2026 January 27, 2026 January 28, 2026 January 29, 2026 January 30, 2026 January 31, 2026 February 1, 2026
February 2, 2026 February 3, 2026 February 4, 2026 February 5, 2026 February 6, 2026 February 7, 2026 February 8, 2026
February 9, 2026 February 10, 2026 February 11, 2026 February 12, 2026 February 13, 2026 February 14, 2026 February 15, 2026
February 16, 2026 February 17, 2026 February 18, 2026 February 19, 2026 February 20, 2026 February 21, 2026 February 22, 2026
February 23, 2026 February 24, 2026 February 25, 2026 February 26, 2026 February 27, 2026 February 28, 2026 March 1, 2026