π΄πΌπΊπͺπ¨π» l Kembara mencari ilmu di bumi Oman dimulakan dengan taklimat oleh Dr. Ibrahim bin Sulaiman Al-Aβmiri (Pengarah Jabatan Rekonsiliasi dan Penyelesaian di Muscat/Director of Reconciliation and Settlement Department, Muscat) yang memberikan penjelasan yang menarik dan jelas berkenaan dengan pelantikan, fungsi dan peranan Committee At-Tawfiq wa al-Masolahah/Panel Rekonsilasi dan Perdamaian di Dewan Kehakiman Tertinggi Oman/Majlis Al-`Ala Li al-Qadha. Tiga tuntutan utama yang menjadi tuntutan adalah melibatkan berkenaan βSyarieβ (Hal Ehwal Kekeluargaan), βMadaniβ (Tuntutan Sivil) dan βTijariβ (Tuntutan Komersial). Kehadiran peserta telah disambut dan diraikan oleh pegawai-pegawai kanan Majlis Kehakiman Tertinggi Kerajaan Oman yang diketuai oleh Saif bin Abdullah Al-Husni, Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Perundangan Kementerian Kehakiman Kerajaan Oman merangkap Hakim. Delegasi Malaysia dibawa ke Dewan Kehakiman Tertinggi Oman/Majlis Al-`Ala Li al-Qadha dan seterusnya dibawa ke dewan untuk mengikuti sesi pembentangan dan perbincangan berkenaan proses mediasi di Oman.
Sesi kedua pula diteruskan dengan taklimat mengenai sistem pendaftaran elektronik oleh Maya Salleh Al-Habsyi, Project Manager of Reconciliating System, Ministry of Interior, yang memberikan pendedahan kepada semua peserta kursus berkenaan dengan permohonan secara dalam talian iaitu βReconciliation Systemβ yang dinamakan sebagai βNizom Taswiyyahβ yang memudahkan mana-mana pihak berkepentingan membuat permohonan untuk mengikuti Majlis Perdamaian / Rekonsiliasi. Sistem ini boleh diakses oleh mana-mana pihak sama ada oleh warganegara atau penduduk tempatan mahupun bukan warganegara yang menetap di Oman di mana-mana tempat pada bila-bila masa. Menariknya, majlis rekonsiliasi boleh dilaksanakan di mana-mana tempat dan masa mengikut kesesuaian dan keselesaan pihak-pihak yang terlibat.
Perkongsian yang diberikan pada hari pertama ini telah membuka minda, menaikkan semangat dan paras adrenalin peserta kursus kerana banyak pendedahan baharu yang berbeza telah didapati berbanding proses Sulh yang sedia ada diamalkan di Malaysia. Semoga setiap input dan pengalaman yang diperolehi ini menjadi inspirasi dan pencetus idea bernas dalam mencorakkan dunia budaya perdamaian dan keharmonian di Malaysia.
πΊππππππ πΊπππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ

Last Updated on October 13, 2025







