πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„ πŽπŒπ€π πƒπ€π‹π€πŒ πŒπˆπ’πˆ πŠπ„πŒππ€π‘π€ πˆπ‹πŒπ” – πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π‰π€π‘πˆππ†π€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π˜π€ ππ„ππ†π€π‹π€πŒπ€π ππ‘πŽπ…π„π’πˆπŽππ€π‹ πŒπ„πƒπˆπ€π’πˆ πƒπˆ ππ”πŒπˆ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇

𝑴𝑼𝑺π‘ͺ𝑨𝑻 l Kembara mencari ilmu di bumi Oman dimulakan dengan taklimat oleh Dr. Ibrahim bin Sulaiman Al-A’miri (Pengarah Jabatan Rekonsiliasi dan Penyelesaian di Muscat/Director of Reconciliation and Settlement Department, Muscat) yang memberikan penjelasan yang menarik dan jelas berkenaan dengan pelantikan, fungsi dan peranan Committee At-Tawfiq wa al-Masolahah/Panel Rekonsilasi dan Perdamaian di Dewan Kehakiman Tertinggi Oman/Majlis Al-`Ala Li al-Qadha. Tiga tuntutan utama yang menjadi tuntutan adalah melibatkan berkenaan ”Syarie” (Hal Ehwal Kekeluargaan), ”Madani” (Tuntutan Sivil) dan ”Tijari” (Tuntutan Komersial). Kehadiran peserta telah disambut dan diraikan oleh pegawai-pegawai kanan Majlis Kehakiman Tertinggi Kerajaan Oman yang diketuai oleh Saif bin Abdullah Al-Husni, Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Perundangan Kementerian Kehakiman Kerajaan Oman merangkap Hakim. Delegasi Malaysia dibawa ke Dewan Kehakiman Tertinggi Oman/Majlis Al-`Ala Li al-Qadha dan seterusnya dibawa ke dewan untuk mengikuti sesi pembentangan dan perbincangan berkenaan proses mediasi di Oman.

Sesi kedua pula diteruskan dengan taklimat mengenai sistem pendaftaran elektronik oleh Maya Salleh Al-Habsyi, Project Manager of Reconciliating System, Ministry of Interior, yang memberikan pendedahan kepada semua peserta kursus berkenaan dengan permohonan secara dalam talian iaitu β€œReconciliation System” yang dinamakan sebagai β€œNizom Taswiyyah” yang memudahkan mana-mana pihak berkepentingan membuat permohonan untuk mengikuti Majlis Perdamaian / Rekonsiliasi. Sistem ini boleh diakses oleh mana-mana pihak sama ada oleh warganegara atau penduduk tempatan mahupun bukan warganegara yang menetap di Oman di mana-mana tempat pada bila-bila masa. Menariknya, majlis rekonsiliasi boleh dilaksanakan di mana-mana tempat dan masa mengikut kesesuaian dan keselesaan pihak-pihak yang terlibat.

Perkongsian yang diberikan pada hari pertama ini telah membuka minda, menaikkan semangat dan paras adrenalin peserta kursus kerana banyak pendedahan baharu yang berbeza telah didapati berbanding proses Sulh yang sedia ada diamalkan di Malaysia. Semoga setiap input dan pengalaman yang diperolehi ini menjadi inspirasi dan pencetus idea bernas dalam mencorakkan dunia budaya perdamaian dan keharmonian di Malaysia.

π‘Ίπ’†π’Œπ’”π’šπ’†π’ 𝑺𝒖𝒍𝒉

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on October 13, 2025

Recent Posts

πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„ πŽπŒπ€π πƒπ€π‹π€πŒ πŒπˆπ’πˆ πŠπ„πŒππ€π‘π€ πˆπ‹πŒπ” – πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π‰π€π‘πˆππ†π€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π˜π€ ππ„ππ†π€π‹π€πŒπ€π ππ‘πŽπ…π„π’πˆπŽππ€π‹ πŒπ„πƒπˆπ€π’πˆ πƒπˆ ππ”πŒπˆ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇

Read More Β»

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ πŒπ€πƒπ€ππˆ ππ’πŠ π‰πŠπ’πŒ-π’π€ππ“π”ππˆ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐂𝐀𝐂𝐀𝐓 ππ„ππ†π‹πˆπ‡π€π“π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“

Read More Β»

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ π‰πŠπ’πŒ πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 π“π˜π“ 𝐃𝐔𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„ π‘π„ππ”ππ‹πˆπŠ 𝐀𝐑𝐀𝐁 πŒπ„π’πˆπ‘

Read More Β»

Follow Us

Kalendar JKSM

Events in October 2025

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Pahang
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur