πππππΌπ πΌππΌ | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menyertai Majlis Perhimpunan Agensi Agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 16 Julai 2025 di Dewan Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.
YB Senator Datoβ Setia Dr. Hj. Mohd Naβim bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyempurnakan majlis seterusnya menyampaikan amanat di perhimpunan tersebut yang turut disertai bersama 14 Agensi Hal Ehwal Agama (HEA).
Turut berlangsung sejurus sebelum majlis perhimpunan bermula adalah Forum Al Falah MADANI : Islam Mekar di Bumi Malaysia dengan tajuk Transformasi Agensi Hal Ehwal Agama ke Arah Membangun Ummah MADANI.
Delegasi JKSM diketuai oleh YAA Datoβ Hj. Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM. Turut hadir, YA Dato’ Hj. Mohamad Shakir bin Hj. Abdul Hamid dan YA Dato’ Hj. Abas bin Nordin; Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Pegawai-Pegawai Kanan serta Warga JKSM sendiri.
YB Senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di dalam amanatnya menegaskan, perhimpunan ini bukan sahaja sekadar penganjuran rutin tetapi ia adalah wadah penting dalam memperkukuh ukhwah, semangat kolektif dan kerjasama serta menyatukan iltizam warga di bawah Agensi Hal Ehwal Agama.
Beliau juga menyambut baik pelaksanaan Forum Al Falah MADANI : Islam Mekar di Bumi Malaysia dan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan panel yang berkongsi pengalaman baik dan pandangan strategik tentang kemaslahatan ummah.
Forum Al Falah MADANI ini perlu diteruskan penganjurannya dan patut dijadikan program berkala yang digerakan ke lokasi-lokasi strategik. Ketua-Ketua Jabatan Hal Ehwal Agama patut mengambil peluang menganjurkan forum ini untuk menyampaikan amanat di dalam ruang lingkup Jabatan masing-masing bagi menyampaikan maklumat terus kepada masyarakat khususnya dalam memperkenal pelbagai inisiatif Gagasan Malaysia MADANI.
Forum Al Falah MADANI diterajui oleh Ustaz Mohd Radhi bin Abd Ghani, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan disertai dengan dua (2) panel iaitu Tuan Haji Mustakim bin Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji dan Tuan Haji Namanzee bin Harris, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hijrah Media Corporation.
Dalam majlis sama, YB Senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut melancarkan Kad Debit β I Bank Islam Visa MAIWP, Penyampaian Cek Cura Bantuan Pendidikan oleh Yayasan Waqaf Malaysia kepada Kolej Profesional MAIWP dan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP serta Peluncuran Program Pondok DaeβI Muda YADIM.
πΌπππ π²πππππππππ π²πππππππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ

Last Updated on July 16, 2025