π·πΌπ»πΉπ¨π±π¨ππ¨ | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Peguam Negara (AGC) bagi memperkukuhkan hubungan strategik antara dua agensi peneraju perundangan negara. Turut hadir mewakili JKSM ialah YA Datuk Mohd Nadzri bin Abdul Rahman, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, serta Tuan Mohd Ridzwan bin Ghazali, Pengarah Bahagian Dasar & Penyelidikan JKSM.
Pihak AGC pula diwakili oleh YBhg. Dato’ Suzana binti Atan, Peguamcara Negara, YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, serta YBrs. Tuan Zawawi bin Ghazali, Timbalan Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang. Kehadiran tokoh-tokoh penting daripada kedua-dua pihak ini jelas menggambarkan kesungguhan untuk mengukuhkan kerjasama strategik dalam aspek perundangan dan kehakiman di Malaysia.
Pertemuan ini antara lain memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai hala tuju Akta Saraan Hakim Syarie sebagai usaha memperkukuhkan kebajikan dan kedudukan institusi kehakiman Syariah, di samping perbincangan berkaitan kajian penyelesaian melibatkan pertikaian antara orang islam dan bukan islam dalam kes Mal
Kedua-dua pihak turut menzahirkan komitmen bagi memastikan segala usaha pengukuhan institusi perundangan dilaksanakan secara berhemah, dengan mengambil kira sensitiviti semua pihak, serta selaras dengan kehendak Perlembagaan dan prinsip Syariah. Kunjungan hormat ini sekaligus mencerminkan tekad bersama JKSM dan AGC dalam memacu agenda reformasi perundangan Islam di Malaysia, di samping memperkukuhkan kerjasama antara agensi kehakiman dan perundangan demi kepentingan rakyat dan negara.
π©πππππππ π«ππππ π ππ π·πππππππ ππππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ

Last Updated on August 26, 2025