πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇/πŠπ„π“π”π€ π‡π€πŠπˆπŒ π’π˜π€π‘πˆπ„ π‰πŠπ’πŒ πŠπ„ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π†π”π€πŒ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Peguam Negara (AGC) bagi memperkukuhkan hubungan strategik antara dua agensi peneraju perundangan negara. Turut hadir mewakili JKSM ialah YA Datuk Mohd Nadzri bin Abdul Rahman, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, serta Tuan Mohd Ridzwan bin Ghazali, Pengarah Bahagian Dasar & Penyelidikan JKSM.

Pihak AGC pula diwakili oleh YBhg. Dato’ Suzana binti Atan, Peguamcara Negara, YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, serta YBrs. Tuan Zawawi bin Ghazali, Timbalan Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang. Kehadiran tokoh-tokoh penting daripada kedua-dua pihak ini jelas menggambarkan kesungguhan untuk mengukuhkan kerjasama strategik dalam aspek perundangan dan kehakiman di Malaysia.

Pertemuan ini antara lain memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai hala tuju Akta Saraan Hakim Syarie sebagai usaha memperkukuhkan kebajikan dan kedudukan institusi kehakiman Syariah, di samping perbincangan berkaitan kajian penyelesaian melibatkan pertikaian antara orang islam dan bukan islam dalam kes Mal

Kedua-dua pihak turut menzahirkan komitmen bagi memastikan segala usaha pengukuhan institusi perundangan dilaksanakan secara berhemah, dengan mengambil kira sensitiviti semua pihak, serta selaras dengan kehendak Perlembagaan dan prinsip Syariah. Kunjungan hormat ini sekaligus mencerminkan tekad bersama JKSM dan AGC dalam memacu agenda reformasi perundangan Islam di Malaysia, di samping memperkukuhkan kerjasama antara agensi kehakiman dan perundangan demi kepentingan rakyat dan negara.

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ 𝑫𝒂𝒔𝒂𝒓 𝒅𝒂𝒏 π‘·π’†π’π’šπ’†π’π’Šπ’…π’Šπ’Œπ’‚π’

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on August 26, 2025

Kalendar JKSM

Events in January 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
December 29, 2025 December 30, 2025 December 31, 2025 January 1, 2026 January 2, 2026 January 3, 2026 January 4, 2026
January 5, 2026 January 6, 2026 January 7, 2026 January 8, 2026 January 9, 2026 January 10, 2026 January 11, 2026
January 12, 2026 January 13, 2026 January 14, 2026 January 15, 2026 January 16, 2026 January 17, 2026 January 18, 2026
January 19, 2026 January 20, 2026 January 21, 2026 January 22, 2026 January 23, 2026 January 24, 2026 January 25, 2026
January 26, 2026 January 27, 2026 January 28, 2026 January 29, 2026 January 30, 2026 January 31, 2026 February 1, 2026