πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ π‡π€πŠπˆπŒ π’π˜π€π‘πˆπ„ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ€π‡π€π†πˆπ€π π’πŽπŠπŽππ†π€π πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ π‰πŠπ’πŒ πŠπ„ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 ππ„ππ†π„π‘π”π’πˆ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘

𝑱𝑢𝑯𝑢𝑹 𝑩𝑨𝑯𝑹𝑼 | Yang Amat Berhormat Yang Amat Arif Dato’ Haji Muhammad Khaldun bin Mohamad Sharif, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor telah mengetuai satu kunjungan hormat ke Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, bertempat di Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor.

Kunjungan ini turut disertai oleh delegasi dari Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh Puan Maria binti Jilani bersama pegawai kanan BSK JKSM dan BSK Seksyen Negeri Johor.

Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor dalam ucapan pembukaan merakamkan perhargaan atas komitmen kerjasama di antara agensi negeri dan persekutuan dalam usaha memperkasa perundangan syariah khususnya di Negeri Johor.

Pertemuan ini membuka ruang dialog dua hala yang konstruktif dalam aspek pembangunan institusi kekeluargaan Islam.

Antara fokus perbincangan adalah inisiatif pemerkasaan sistem sokongan keluarga melalui program pendidikan masyarakat berasaskan nilai kekeluargaan Islam, serta penganjuran program Literasi Undang-Undang Syariah yang bakal dilaksanakan awal Jun 2025.

Selain itu,Yang Berhormat turut berkongsi pengalaman pengurusan hal ehwal melibatkan orang Islam serta cadangan penambahbaikkan sistem pentadbiran agar perkhidmatan yang disediakan kerajaan memberi manfaat yang optimum kepada rakyat.

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ π‘Ίπ’π’Œπ’π’π’ˆπ’‚π’ π‘²π’†π’π’–π’‚π’“π’ˆπ’‚

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on May 20, 2025

Kalendar JKSM

July 15, 2025