𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ ππ€ππ†π’π€πŒπŽπ‘πŽ π€π“π“πŽπ‘ππ„π˜ 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐋’𝐒 πŽπ…π…πˆπ‚π„ (ππ€π†πŽ) πŠπ„ π‰πŠπ’πŒ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 πƒπ€π‹π€πŒ ππˆπƒπ€ππ† 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 π’π˜π€π‘πˆπ€π‡

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menerima kunjungan rasmi delegasi Bangsamoro Attorney General’s Office (BAGO), Filipina, sempena program Public Policy & Syariah Law Programme yang berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei 2025.

Delegasi seramai 18 orang peserta ini diketuai oleh Atty. Bantuas M. Lucman, Bangsamoro Attorney General. Turut serta adalah pegawai kanan dari BAGO, pegawai dari Bangsamoro Planning and Development Authority (BPDA), serta urus setia dari Universiti Malaya.

Bagi pihak JKSM, sesi lawatan ini telah disambut mesra oleh YAA Dato’ Mohd Shukor Sabudin, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah selaku Pengerusi lawatan dan taklimat, bersama barisan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah iaitu YA Puan Hajah Noor Hadina Ahmad Zabidi, YA Datuk Mohd Radzi Ab. Latif, dan YA Dato’ Mohd Nadzri Abdul Rahman.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noor Huda binti Roslan, Pengarah Bahagian Latihan JKSM, yang memperincikan struktur, dasar dan evolusi sistem kehakiman Syariah di Malaysia. Manakala sesi dialog turut dihadiri oleh YBhg. Dr. Jazilah Mohd Saad, Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKSM, serta Puan Maria binti Jilani, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM, bersama barisan pegawai kanan jabatan.

Delegasi turut dibawa melawat ke Galeri Kehakiman Syariah, JKSM yang dikendalikan oleh Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod JKSM. Lawatan ini memberikan pendedahan kepada sejarah, perkembangan institusi serta peranan JKSM dalam memperkasa sistem perundangan Islam di Malaysia.

Program ini merupakan salah satu komponen penting dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi keadilan Syariah Malaysia dan komuniti perundangan antarabangsa, khususnya dari rantau ASEAN.

π‘Όπ’π’Šπ’• π‘²π’π’Žπ’–π’π’Šπ’Œπ’‚π’”π’Š 𝒅𝒂𝒏 𝑲𝒐𝒓𝒑𝒐𝒓𝒂𝒕

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on April 29, 2025

Kalendar JKSM

Events in July 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 30, 2025(1 event) July 1, 2025 July 2, 2025 July 3, 2025 July 4, 2025 July 5, 2025 July 6, 2025
July 7, 2025(1 event) July 8, 2025 July 9, 2025(1 event) July 10, 2025 July 11, 2025 July 12, 2025 July 13, 2025
July 14, 2025(2 events) July 15, 2025 July 16, 2025 July 17, 2025 July 18, 2025(2 events) July 19, 2025 July 20, 2025
July 21, 2025(1 event) July 22, 2025 July 23, 2025 July 24, 2025 July 25, 2025 July 26, 2025 July 27, 2025
July 28, 2025(2 events) July 29, 2025 July 30, 2025 July 31, 2025 August 1, 2025 August 2, 2025 August 3, 2025