𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π‘π€π’πŒπˆ π˜π€π€ πƒπ€π“πŽ’ π‡π€π‰πˆ πŒπŽπ‡πƒ π€πŒπ‘π€π 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ πŒπ€π“ π™π€πˆπ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 / πŠπ„π“π”π€ π‡π€πŠπˆπŒ π’π˜π€π‘πˆπ„ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‡π€πŠπˆπŒπ€π π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π‰πŠπ’πŒ) πŠπ„ π“π€ππ€πŠ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„πŒππˆππ€π€π πŒπ€π‡πŠπ€πŒπ€π‡ 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐑, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

𝑷𝑨𝑷𝑨𝑹 | Lawatan kerja rasmi telah diadakan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ke tapak projek pembinaan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Papar, Sabah bertujuan untuk meninjau status kemajuan projek pembinaan mahkamah tersebut yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan dalam memperkukuhkan prasarana Institusi Kehakiman Syariah di Sabah, selaras dengan hasrat memperkasakan sistem perundangan Syariah secara menyeluruh di seluruh negara.

YAA Dato’ Haji Mohd Amran turut diberi taklimat terperinci oleh wakil kontraktor dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Papar berhubung kemajuan fizikal projek, kemajuan kewangan projek, kemajuan kerja yang akan dilaksanakan serta isu-isu di tapak. Dalam ucapan beliau, YAA Dato’ Haji Mohd Amran menekankan kepentingan menyiapkan projek mengikut masa yang ditetapkan tanpa menjejaskan kualiti pembinaan, demi kepentingan masyarakat Islam setempat yang memerlukan perkhidmatan kehakiman syariah yang lebih efisien dan selesa.

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah YAA Datuk Ahadin bin Arinen, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS), Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM) JKSM, Ketua Pendaftar JKSNS, Jurutera Daerah JKR Papar, Pegawai-pegawai JKSM, Pegawai-pegawai JKSN Sabah, Pegawai-pegawai MSD Papar, Pegawai-pegawai JKR Daerah Papar dan wakil kontraktor.

Lawatan ini jelas menunjukkan komitmen berterusan pihak JKSM dan JKSNS dalam memastikan setiap projek pembangunan prasarana Kehakiman Syariah berjalan lancar serta menepati piawaian, dan penyampaian perkhidmatan badan Kehakiman Syariah serta keperluan semasa demi kebajikan umat Islam di negeri Sabah secara khususnya.

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ 𝑷𝒖𝒔𝒂𝒕 π‘Ίπ’–π’Žπ’ƒπ’†π’“ π‘΄π’‚π’Œπ’π’–π’Žπ’‚π’• 𝒅𝒂𝒏 π‘·π’†π’π’†π’“π’ƒπ’Šπ’•π’‚π’

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on June 23, 2025

Kalendar JKSM

Events in July 2025

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur