Takwim tahun baharu 2026 bagi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dibuka dengan Majlis Amanat Tahun 2026 oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berlangsung pada 12 Januari 2026 bertempat di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.
Majlis yang dihadiri lebih kurang 980 orang pegawai Jabatan/Agensi di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut diserikan dengan kehadirian YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Di dalam Amanat Tahun Baharu 2026 dengan tajuk βMengemudi Pemerkasaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam Era Pasca Normalβ, YB Senator Menteri menekankan kepentingan kerjasama berpasukan antara semua Jabatan/Agensi Jabatan Perdana Menteri (JPM) Hal Ehwal Agama (HEA) bagi memertabatkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh bukan sahaja di peringkat Nusantara tetapi juga di persada Antarabangsan dengan perkhidmatan dan produk terbaik yang ditawarkan khususnya kepada rakyat serta usaha pengembangan syiar Islam.
Selain peranan yang dimainkan oleh setiap pegawai di dalam Jabatan/Agensi JPM HEA, kita mampu untuk mencapai status ini kerana Malaysia merupakan sebuah Negara yang berbilang kaum/agama dan hidup aman walaupun Islam diangkat sebagai agama rasmi Persekutuan. Ilmuan dunia Islam seperti Shiekh Yaisr Qadhi menyifatkan Malaysia juga mempunyai pemimpin yang mempunyai fikiran ke hadapan tentang Islam itu sendiri.
Jelas beliau lagi, semua pegawai Jabatan/Agensi JPM HEA perlu berani untuk membuat reformasi dan inovasi, meninggalkan βbusiness as usualβ yang tidak mempunyai impak kepada penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta dalam masa yang sama terus memeluk peribadi mulia seperti amalan integriti tinggi.
Turut mengimarahkan penganjuran majlis amanat ini adalah pengisian ceramah oleh Prof. Dr. Syed Khairuddin Al-Junied bertajuk “Lima Minda Muslim β Ke Arah Kemampanan Masa Depan Islam”. Beliau turut mengajak semua pegawai Jabatan/Agensi JPM HEA untuk jadi lebih dinamik, kreatif dan memperkemas penyampaian perkhidmatan sekarang kerana dunia semakin berubah dan Islam perlukan pendekatan baharu.
Tambah beliau lagi, “Lima Minda Muslim β Ke Arah Kemampanan Masa Depan Islam” termasuklah Minda yang patuh kepada undang-undang, Minda memelihara alam, Minda kemanusiaan, Minda yang beretika dan Minda reformis.
Turut berlangsung tayangan montaj pencapaian, persembahan nasyid nukilan lirik YB Menteri melalui lagu Dunia Indah Bersama yang dinyanyikan oleh Zawfan dan Mirwana, penyampaian sumbangan seperti Bantuan kepada Badan Kebajikan/Kelab Kebajikan Jabatan/Agensi JPM HEA serta Bantuan Am Pendidikan Sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP. Majlis turut diserikan dengan sesi Aku Janji oleh ketua agensi sebagai tanda komitmen dalam perkhidmatan.
Paling dinanti-nantikan cabutan bertuah Pakej Umrah tajaan Tabung Haji. Satu penghargaan istimewa buat warga yang hadir sebagai simbol keberkatan perjuangan dalam bidang Hal Ehwal Agama.
Majlis diakhiri dengan tayangan montaj rekaan kecerdasan buatan, sesi fotografi dan sidang media. Semoga segala amanat dan inspirasi yang dikongsi menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan jujur, berintegriti dan berhikmah
πΌπππ π²πππππππππ π²πππππππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ

Last Updated on January 12, 2026





