πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€πŒπ€ππ€π“ 𝐘𝐁 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πƒπˆ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ (𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 π€π†π€πŒπ€) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Takwim tahun baharu 2026 bagi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dibuka dengan Majlis Amanat Tahun 2026 oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berlangsung pada 12 Januari 2026 bertempat di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.

Majlis yang dihadiri lebih kurang 980 orang pegawai Jabatan/Agensi di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut diserikan dengan kehadirian YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Di dalam Amanat Tahun Baharu 2026 dengan tajuk β€œMengemudi Pemerkasaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam Era Pasca Normal”, YB Senator Menteri menekankan kepentingan kerjasama berpasukan antara semua Jabatan/Agensi Jabatan Perdana Menteri (JPM) Hal Ehwal Agama (HEA) bagi memertabatkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh bukan sahaja di peringkat Nusantara tetapi juga di persada Antarabangsan dengan perkhidmatan dan produk terbaik yang ditawarkan khususnya kepada rakyat serta usaha pengembangan syiar Islam.

Selain peranan yang dimainkan oleh setiap pegawai di dalam Jabatan/Agensi JPM HEA, kita mampu untuk mencapai status ini kerana Malaysia merupakan sebuah Negara yang berbilang kaum/agama dan hidup aman walaupun Islam diangkat sebagai agama rasmi Persekutuan. Ilmuan dunia Islam seperti Shiekh Yaisr Qadhi menyifatkan Malaysia juga mempunyai pemimpin yang mempunyai fikiran ke hadapan tentang Islam itu sendiri.

Jelas beliau lagi, semua pegawai Jabatan/Agensi JPM HEA perlu berani untuk membuat reformasi dan inovasi, meninggalkan β€˜business as usual’ yang tidak mempunyai impak kepada penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta dalam masa yang sama terus memeluk peribadi mulia seperti amalan integriti tinggi.

Turut mengimarahkan penganjuran majlis amanat ini adalah pengisian ceramah oleh Prof. Dr. Syed Khairuddin Al-Junied bertajuk “Lima Minda Muslim – Ke Arah Kemampanan Masa Depan Islam”. Beliau turut mengajak semua pegawai Jabatan/Agensi JPM HEA untuk jadi lebih dinamik, kreatif dan memperkemas penyampaian perkhidmatan sekarang kerana dunia semakin berubah dan Islam perlukan pendekatan baharu.

Tambah beliau lagi, “Lima Minda Muslim – Ke Arah Kemampanan Masa Depan Islam” termasuklah Minda yang patuh kepada undang-undang, Minda memelihara alam, Minda kemanusiaan, Minda yang beretika dan Minda reformis.

Turut berlangsung tayangan montaj pencapaian, persembahan nasyid nukilan lirik YB Menteri melalui lagu Dunia Indah Bersama yang dinyanyikan oleh Zawfan dan Mirwana, penyampaian sumbangan seperti Bantuan kepada Badan Kebajikan/Kelab Kebajikan Jabatan/Agensi JPM HEA serta Bantuan Am Pendidikan Sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP. Majlis turut diserikan dengan sesi Aku Janji oleh ketua agensi sebagai tanda komitmen dalam perkhidmatan.

Paling dinanti-nantikan cabutan bertuah Pakej Umrah tajaan Tabung Haji. Satu penghargaan istimewa buat warga yang hadir sebagai simbol keberkatan perjuangan dalam bidang Hal Ehwal Agama.

Majlis diakhiri dengan tayangan montaj rekaan kecerdasan buatan, sesi fotografi dan sidang media. Semoga segala amanat dan inspirasi yang dikongsi menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan jujur, berintegriti dan berhikmah

π‘Όπ’π’Šπ’• π‘²π’π’Žπ’–π’π’Šπ’Œπ’‚π’”π’Š 𝑲𝒐𝒓𝒑𝒐𝒓𝒂𝒕

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on January 12, 2026

Kalendar JKSM

Events in May 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026
May 4, 2026 May 5, 2026 May 6, 2026 May 7, 2026 May 8, 2026 May 9, 2026 May 10, 2026
May 11, 2026 May 12, 2026 May 13, 2026 May 14, 2026 May 15, 2026 May 16, 2026 May 17, 2026
May 18, 2026 May 19, 2026 May 20, 2026 May 21, 2026 May 22, 2026 May 23, 2026 May 24, 2026
May 25, 2026 May 26, 2026 May 27, 2026 May 28, 2026 May 29, 2026 May 30, 2026 May 31, 2026