๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ˆ๐…๐“๐€๐‘ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐˜๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ๐Ÿ ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข โ€” Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Perdana Menteri dan Peluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan yang berlangsung penuh ukhuwah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur petang tadi.

Majlis yang turut dihadiri YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, dan YB Senator Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini menjadi medan pengukuhan silaturahim antara kepimpinan negara dengan agensi Hal Ehwal Agama serta seluruh lapisan masyarakat dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Majlis ini turut menyaksikan detik Peluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan, sebuah inisiatif strategik hasil kolaborasi antara JAKIM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sebuah inisiatif strategik hasil kolaborasi antara agensi Hal Ehwal Agama dan Kementerian Belia dan Sukan. YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri menzahirkan rasa bangga melihat kerjasama erat tokoh-tokoh muda di kedua-dua kementerian tersebut yang tidak lagi terperangkap dalam isu-isu yang memecah-belahkan, sebaliknya fokus menggunakan madrasah Ramadan untuk mengangkat darjat kemanusiaan serta memperkukuh keimanan rakyat secara positif.

Suasana di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi amat meriah dengan kehadiran kira-kira 10,000 orang tetamu yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Majlis turut diserikan dengan simbolik penyampaian sumbangan oleh pihak MAIWP kepada para penerima daripada golongan asnaf, B40, dan OKU sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan seluruh rakyat terus terbela selaras dengan semangat ihsan di bulan Ramadan ini.

๐”๐ง๐ข๐ญ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ

๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ก๐š๐ค๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Last Updated on February 26, 2026

Kalendar JKSM

Events in July 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 29, 2026 June 30, 2026 July 1, 2026 July 2, 2026 July 3, 2026 July 4, 2026 July 5, 2026
July 6, 2026 July 7, 2026 July 8, 2026 July 9, 2026 July 10, 2026 July 11, 2026 July 12, 2026
July 13, 2026 July 14, 2026 July 15, 2026 July 16, 2026 July 17, 2026 July 18, 2026 July 19, 2026
July 20, 2026 July 21, 2026 July 22, 2026 July 23, 2026 July 24, 2026 July 25, 2026 July 26, 2026
July 27, 2026 July 28, 2026 July 29, 2026 July 30, 2026 July 31, 2026 August 1, 2026 August 2, 2026