πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π π’π”πŒππ€ππ†π€π πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ„π‹π€π πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π & π’π”πŠπ€π 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 ππˆπ‘πŽ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π πˆππ’π€π ππ€π†πˆ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’/πŸπŸŽπŸπŸ”

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨| Satu majlis penyampaian sumbangan telah diadakan oleh Biro Kebajikan dan Pembangunan Insan KKS, JKSM bagi sesi 2024/2026 di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada warga KKS yang telah mengalami musibah seperti kehilangan ahli keluarga (kematian) dan mereka yang dimasukkan ke hospital (warded).

Majlis ini berlangsung secara ringkas serta dengan penuh rasa kebersamaan dan kasih sayang, mencerminkan semangat persaudaraan di kalangan warga KKS ini adalah salah satu inisiatif untuk membantu meringankan beban warga yang sedang menghadapi kesukaran.

Seramai 18 orang penerima sumbangan yang telah menerima manfaat berbentuk wang tunai, disempurnakan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie merangkap Penasihat KKS diiringi oleh YA Dato’ Haji Mohd Shakir bin Abdul Hamid, Pengerusi KKS Sesi 2024/2026. Turut hadir Exco tertinggi KKS dan Duta-Duta Bahagian di majlis tersebut.

Semoga bantuan ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang sedang diuji. Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk membantu lebih ramai individu yang memerlukan.

Last Updated on January 6, 2025

Kalendar JKSM

Events in October 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 29, 2025 September 30, 2025 October 1, 2025 October 2, 2025 October 3, 2025 October 4, 2025 October 5, 2025
October 6, 2025 October 7, 2025 October 8, 2025 October 9, 2025 October 10, 2025 October 11, 2025 October 12, 2025
October 13, 2025 October 14, 2025 October 15, 2025 October 16, 2025 October 17, 2025 October 18, 2025 October 19, 2025
October 20, 2025 October 21, 2025 October 22, 2025 October 23, 2025 October 24, 2025 October 25, 2025 October 26, 2025
October 27, 2025 October 28, 2025 October 29, 2025 October 30, 2025 October 31, 2025 November 1, 2025 November 2, 2025