πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π πŠπ”ππ‚πˆ 𝐃𝐀𝐍 πƒπŽπŠπ”πŒπ„π ππ„π‘π‰π€ππ‰πˆπ€π ππ€π†πˆ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ πŠπ„π‡π€πŠπˆπŒπ€π π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π‰πŠπ’πŒ) πƒπˆ πŒπ„ππ€π‘π€ 𝐏𝐉𝐇

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Satu detik penuh bermakna dan bersejarah telah tercipta dengan pelaksanaan Majlis Penyerahan Kunci dan Dokumen Perjanjian Penyewaan Ruang Pejabat Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM) di Menara PjH, Putrajaya pada hari ini. Majlis istimewa ini menandakan tanda permulaan bagi operasi AKSM sebagai pusat latihan terulung yang akan memperkasakan para pegawai kehakiman dan perundangan Syariah di seluruh Malaysia.

Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah ini dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Tuan Mohamad Anwar bin Zakaria, Penolong Pengarah, Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), bagi memberi keberkatan dan rahmat kepada majlis ini.

Ucapan alu-aluan dan pembukaan disampaikan oleh YAA Dato’ Hj Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, yang menegaskan komitmen JKSM dalam memperkukuh sistem latihan profesionalisme melalui penubuhan AKSM. Beliau menegaskan bahawa AKSM adalah hasil inisiatif baharu di bawah JKSM yang bertujuan membina sebuah pusat latihan yang sistematik, efektif dan teratur bagi mempertingkat kecekapan seluruh warga kehakiman dan perundangan Syariah di Malaysia.

Turut memberikan ucapan ialah YBhg. Dato’ Ir. Ts. Izwan Hasli Mohd Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Sdn. Bhd., yang menyatakan sokongan padu pihak PjH dalam menyokong kelangsungan Akademi serta akan bekerjasama erat dengan JKSM dalam merealisasikan visi ini.

Kemuncak majlis diteruskan dengan sesi penyerahan kunci dan dokumen perjanjian penyewaan ruang pejabat secara rasmi daripada PjH kepada JKSM sebagai tanda simbolik bermulanya operasi Akademi di Menara PjH. Langkah ini merupakan satu strategik jangka panjang untuk memastikan kelangsungan program latihan yang komprehensif dan lebih sistematik.

AKSM mula beroperasi sejak 1 Julai 2025 dan kini memiliki ruang pejabat yang kondusif di Menara PjH yang dijangka akan menyemarakkan semangat profesionalisme dan produktiviti warga kehakiman dan perundangan Syariah. Pembangunan kampus tetap di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan yang sedang dalam proses pembinaan di bawah Bajet RMK12 memberi bayangan masa depan yang cerah bagi Akademi ini.

YAA Dato’ Hj Mohd Amran juga menggalakkan warga AKSM untuk terus berinovasi dan mengekalkan kecemerlangan dalam setiap tugas, mengukuhkan lagi peranan AKSM sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang kehakiman dan perundangan Syariah.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati, sesi bergambar, dan jamuan yang menjadi platform mengeratkan silaturahim dan kerjasama antara agensi. Semoga AKSM terus berkembang dan memberi impak besar kepada pembangunan kehakiman dan perundangan Syariah yang lebih cekap, berkesan dan profesional demi kemakmuran masyarakat dan negara.

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ π‘³π’‚π’•π’Šπ’‰π’‚π’

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on August 25, 2025

Kalendar JKSM

Week of Sep 8th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 8, 2025(1 event) September 9, 2025(1 event) September 10, 2025 September 11, 2025 September 12, 2025 September 13, 2025 September 14, 2025