πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ πŒπ€πƒπ€ππˆ ππ’πŠ π‰πŠπ’πŒ-π’π€ππ“π”ππˆ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐂𝐀𝐂𝐀𝐓 ππ„ππ†π‹πˆπ‡π€π“π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“

𝑲𝑼𝑨𝑳𝑨 𝑳𝑼𝑴𝑷𝑼𝑹 | YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Program Sejahtera Keluarga Madani BSK JKSM – Santuni Komuniti Cacat Penglihatan Tahun 2025. Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Hj Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, YAA Tuan Haji Mohd Asri bin Haji Tahir, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP), YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ketua-ketua agensi agama di bawah Menteri Agama, YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah MSWP, YBrs.Tuan Haji Jamal bin Abd Halim Imam Besar, Masjid Wilayah Persekutuan dan YBrs. Tuan Mohammad Faizal bin Che Yusof, Yang Dipertua Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

Dalam ucapan perasmiannya, YB Senator menegaskan bahawa tiada seorang pun dalam masyarakat harus tercicir daripada mendapat keadilan lebih-lebih lagi dalam urusan yang melibatkan institusi kekeluargaan dan perundangan syariah. Beliau menekankan bahawa BSK merupakan jentera utama yang membantu golongan terpinggir khususnya wanita, anak-anak, dan komuniti OKU untuk memperoleh hak mereka dengan cara yang adil, berhemah, serta berpaksikan prinsip syariah yang penuh dengan rahmah dan hikmah.

Melalui penganjuran program seperti ini, diharapkan wujud kesedaran yang lebih meluas tentang kepentingan memberi perhatian kepada hak-hak golongan istimewa, sekali gus menzahirkan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara MADANI yang menekankan rahmah, keadilan, keterangkuman dan kesejahteraan untuk semua.

Majlis perasmian diserikan dengan peluncuran Buku Panduan BSK Versi Braille terbitan BSK JKSM dan simbolik penyerahan sumbangan bakul makanan kepada tiga orang peserta.

Program yang penuh makna ini telah dianjurkan oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP), Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) di samping turut mendapat sokongan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang memberikan sumbangan bakul makanan kepada 120 orang peserta yang hadir.

Untuk rekod, program ini dihadiri seramai 200 orang peserta, merangkumi komuniti OKU penglihatan di bawah naungan PERTIS, wakil pelbagai agensi agama, YBrs. Dr. Nor Afifah Shabani selaku pempamer dari eBrelle Laptop for the Blind serta barisan urus setia daripada pihak penganjur. Kehadiran ramai pihak mencerminkan sokongan berterusan masyarakat terhadap usaha memperkukuh institusi kekeluargaan dan memastikan prinsip β€œSyariah Asas Keadilan” benar-benar dihayati serta diamalkan.

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ π‘Ίπ’π’Œπ’π’π’ˆπ’‚π’ π‘²π’†π’π’–π’‚π’“π’ˆπ’‚

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on October 13, 2025

Recent Posts

πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„ πŽπŒπ€π πƒπ€π‹π€πŒ πŒπˆπ’πˆ πŠπ„πŒππ€π‘π€ πˆπ‹πŒπ” – πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π‰π€π‘πˆππ†π€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π˜π€ ππ„ππ†π€π‹π€πŒπ€π ππ‘πŽπ…π„π’πˆπŽππ€π‹ πŒπ„πƒπˆπ€π’πˆ πƒπˆ ππ”πŒπˆ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇

Read More Β»

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ πŒπ€πƒπ€ππˆ ππ’πŠ π‰πŠπ’πŒ-π’π€ππ“π”ππˆ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐂𝐀𝐂𝐀𝐓 ππ„ππ†π‹πˆπ‡π€π“π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“

Read More Β»

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ π‰πŠπ’πŒ πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 π“π˜π“ 𝐃𝐔𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„ π‘π„ππ”ππ‹πˆπŠ 𝐀𝐑𝐀𝐁 πŒπ„π’πˆπ‘

Read More Β»

Follow Us

Kalendar JKSM

Events in July 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 30, 2025(1 event) July 1, 2025 July 2, 2025 July 3, 2025 July 4, 2025 July 5, 2025 July 6, 2025
July 7, 2025(1 event) July 8, 2025 July 9, 2025(1 event) July 10, 2025 July 11, 2025 July 12, 2025 July 13, 2025
July 14, 2025(2 events) July 15, 2025 July 16, 2025 July 17, 2025 July 18, 2025(2 events) July 19, 2025 July 20, 2025
July 21, 2025(1 event) July 22, 2025 July 23, 2025 July 24, 2025 July 25, 2025 July 26, 2025 July 27, 2025
July 28, 2025(2 events) July 29, 2025 July 30, 2025 July 31, 2025 August 1, 2025 August 2, 2025 August 3, 2025