𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈, 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐔𝐇, 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆

PERMATANG PAUH, 28 November 2025 – Program Karnival Al-Falah MADANI, Permatang Pauh, Pulau Pinang yang berlangsung dari 28 hingga 30 November 2025 telah membuka tirai pada hari ini di mana program ini menyediakan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk masyarakat setempat dan kawasan sekitarnya.

Program ini menghimpunkan agensi-agensi di bawah Hal Ehwal Agama (HEA), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama agensi-agensi agama Negeri Pulau Pinang seperti Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan pelbagai agensi lain yang turut serta mewarnai karnival pada hari ini.

Program dimulakan dengan sesi

Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh, untuk memberi suntikan rohani sebagai pembuka hari kepada para pengunjung.

Seterusnya, bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, kawasan masjid dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran agensi kerajaan dan swasta, pemeriksaan kesihatan dan gigi, gerai jualan makanan, kursus sembelihan, gotong royong kenduri rakyat serta kem motivasi pelajar. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan dianggarkan seramai 300-400 orang pengunjung yang hadir terdiri dari penduduk setempat dan kawasan sekitar Negeri Pulai Pinang itu sendiri.

Selepas solat Maghrib, para pengunjung menikmati waktu rehat dan jamuan rakyat yang turut merapatkan ukhuwah sesama komuniti.

Kemuncak program tiba pada jam 9.30 malam menerusi Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam bersama barisan panelis tersohor seperti Imam Muda Asyraf, Prof. Dato’ Izhar Ariff, Dato’ Dr. Badlishah Alauddin dan Moderator Tuan Zakaria Othman. Perbincangan yang dikupas oleh panel-panel penuh ilmiah dan menyentuh jiwa.

Penutup program hari pertama Karnival MADANI Al-Falah disambut dengan penuh rasa syukur dan kepuasan apabila segala pengisian berjalan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Semoga momentum positif ini terus berkekalan hingga ke hari terakhir karnival, demi manfaat bersama dan penyatuan ummah dalam semangat MADANI yang sebenar.

𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭 (𝐔𝐊𝐊),

𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐉𝐊𝐒𝐌)

Last Updated on November 28, 2025

Kalendar JKSM

Events in February 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 26, 2026 January 27, 2026 January 28, 2026 January 29, 2026 January 30, 2026 January 31, 2026 February 1, 2026
February 2, 2026 February 3, 2026 February 4, 2026 February 5, 2026 February 6, 2026 February 7, 2026 February 8, 2026
February 9, 2026 February 10, 2026 February 11, 2026 February 12, 2026 February 13, 2026 February 14, 2026 February 15, 2026
February 16, 2026 February 17, 2026 February 18, 2026 February 19, 2026 February 20, 2026 February 21, 2026 February 22, 2026
February 23, 2026 February 24, 2026 February 25, 2026 February 26, 2026 February 27, 2026 February 28, 2026 March 1, 2026