ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π€ππ“π”ππˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ π˜π€π€ πƒπ€π“πŽβ€™ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π‰πŠπ’πŒ πŒπ„πŒππ”πŠπ€ π“πˆπ‘π€πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ”

𝑷𝑨𝑺𝑰𝑹 𝑷𝑼𝑻𝑬𝑯 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia membuka tirai tahun baharu 2026 dengan penganjuran Program Santuni Madani YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang berlangsung di Pondok Sri Permai, Permatang Sungkai, Pasir Puteh, Kelantan, pagi ini.

Program yang bermula seawal jam 10.00 pagi itu telah disempurnakan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, sebagai manifestasi komitmen berterusan JKSM dalam mendekati masyarakat melalui pendekatan rahmah dan kebajikan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Ketibaan YAA Dato’ Ketua Pengarah telah disambut mesra oleh warga Pondok Sri Permai serta tetamu jemputan. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Mudir Pondok Sri Permai, Al-Fadhil Baba Harfan bin Abdul Hamid sebelum YAA Dato’ Ketua Pengarah menyampaikan ucapan seterusnya menzahirkan hasrat JKSM untuk terus memperkukuh hubungan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat di Kampung Angkat Ketua Pengarah JKSM.

Kemuncak program ialah Majlis Penyampaian Sumbangan Program Santuni Madani oleh YAA Dato’ Ketua Pengarah kepada pihak pelajar-pelajar Pondok Sri Permai, sebagai simbol keprihatinan dan sokongan JKSM terhadap institusi pendidikan Islam dan kebajikan ummah.

Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari serta lawatan ke Kebun Tin Pantai Timur, AY Benefigs Farm, yang dimiliki oleh Datuk Nazry Mohamad Nor, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pembangunan Insan Kelantan, sebelum majlis bersurai pada jam 1.00 tengah hari bagi memberi ruang kepada pelaksanaan Solat Jumaat.

Penganjuran Program Santuni Madani dengan kolabrasi pelbagai pihak ini mencerminkan peranan JKSM bukan sahaja sebagai institusi kehakiman, malah sebagai agensi yang prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat, sejajar dengan prinsip β€œSyariah Asas Keadilan” dan nilai kemanusiaan yang menjadi teras pentadbiran negara.

Untuk rekod, Pondok Sri Permai, sebuah institusi yang dekat di hati masyarakat dan kaya dengan sejarah keilmuan. Pondok ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan diasaskan oleh Tuan Guru Abdul Hamid bin Daud Al-Fathoni, serta dirasmikan pada tahun 1990 oleh Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan ketika itu. Pondok Sri Permai juga telah berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

𝑷𝒆𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 π‘·π’†π’π’ˆπ’‚π’“π’‚π’‰

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚.

Last Updated on January 3, 2026

Kalendar JKSM

Events in March 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 23, 2026 February 24, 2026 February 25, 2026 February 26, 2026 February 27, 2026 February 28, 2026 March 1, 2026
March 2, 2026 March 3, 2026 March 4, 2026 March 5, 2026 March 6, 2026 March 7, 2026 March 8, 2026
March 9, 2026 March 10, 2026 March 11, 2026 March 12, 2026 March 13, 2026 March 14, 2026 March 15, 2026
March 16, 2026 March 17, 2026 March 18, 2026 March 19, 2026 March 20, 2026 March 21, 2026 March 22, 2026
March 23, 2026 March 24, 2026 March 25, 2026 March 26, 2026 March 27, 2026 March 28, 2026 March 29, 2026
March 30, 2026 March 31, 2026 April 1, 2026 April 2, 2026 April 3, 2026 April 4, 2026 April 5, 2026