𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐀𝐁𝐀𝐍, 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍: 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍

𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐈𝐇 | Dalam mengimarahkan kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh barakah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan rendah hati telah melaksanakan Program Sentuhan Syaaban Lambaian Ramadan sempena Santuni MADANI YAA Dato’ Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut, Kelantan pada 12 Februari 2026.

Program ini dianjurkan bagi menyahut kempen #MADANIMembantu inisiatif YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menyantuni masyarakat melalui penyerahan 100 naskhah al-Quran kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut, Pasir Putih Kelantanbagi kegunaan program “Quran Fast Track” sepanjang Ramadan.

Selain itu, melalui kerjasama strategik bersama Nasyrul Quran Putrajaya, sumbangan naskhah suci Al-Quran jua turut diperluaskan ke Pondok Seri Permai, Permatang Sungka Pasir Putih, Kelantan demi memberi manfaat kepada para pelajar dan komuniti setempat yang turut merangkumi 35 orang pelajar yang terdiri daripada pesara dan warga emas lelaki dan wanita.

Inisiatif ini bukan sekadar penyerahan sumbangan fizikal, malah menjadi simbolik komitmen JKSM dalam memperkukuh nilai ihsan dan kebersamaan melalui pendekatan dakwah bil-hal. Ia selaras dengan objektif untuk memperkasakan peranan institusi kehakiman syariah sebagai agen pembangunan spiritual dan kesejahteraan ummah, sekali gus mengeratkan silaturahim antara kepimpinan Jabatan dengan masyarakat setempat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin kepada penghayatan Al-Quran yang lebih mendalam dan dapat menyemai nilai rahmah dalam diri setiap individu menjelang penghulu segala bulan kebaikan ini.

𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭

𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

Last Updated on February 14, 2026

Kalendar JKSM

Week of Feb 23rd

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 23, 2026 February 24, 2026 February 25, 2026 February 26, 2026 February 27, 2026 February 28, 2026 March 1, 2026