𝐖𝐀𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝐇𝐀𝐒𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃, 𝐔𝐊𝐇𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐄𝐑𝐀𝐓

PUTRAJAYA, 9 Februari 2026 — “Mahkamah Syariah di Malaysia beroperasi dalam suatu kerangka yang unik. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai institusi kehakiman, tetapi juga sebagai cerminan bagaimana negara ini mengimbangi antara agama, perlembagaan dan realiti kemajmukan”

Itulah antara untaian kalimat yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika merasmikan Wacana Kehakiman dan Perundangan Syariah 2026 (Wacana). Wacana ini telah berjaya diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kehadiran 250 orang peserta yang terdiri daripada para Pegawai Syariah dari JKSM, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN), Mahkamah Syariah Negeri (MSN), Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri (JAPENS), Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Peguam Negara, Penolong Penasihat Undang-undang (Syariah) Negeri dan lain-lain pegawai.

Penganjuran Wacana ini bertujuan menyatukan seluruh Pegawai Kehakiman Syariah agar dapat bergerak seiring dalam memperkukuh sistem kehakiman dan perundangan syariah negara. YB Menteri dalam amanatnya juga menekankan peri pentingnya kerjasama bersepadu antara institusi kehakiman syariah di peringkat Persekutuan dan Negeri bagi memastikan pentadbiran keadilan syariah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berintegriti.

Sebelum menyampaikan amanat, YB Menteri turut mengambil kesempatan mengadakan sesi perbincangan dua hala bersama Ketua-Ketua Hakim Syarie Negeri bagi mengenalpasti isu-isu strategik untuk kepentingan bersama demi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah.

Wacana ini juga telah menyaksikan majlis pelancaran Buku Kompilasi Arahan Amalan Tahun 2023-2024 terbitan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan penyampaian anugerah penarafan bintang bagi Pemantauan Pematuhan Arahan Amalan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Tahun 2025.

𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐮𝐫𝐮𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐤𝐨𝐝

𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

Last Updated on February 9, 2026

Kalendar JKSM

Events in March 2026

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Putrajaya