6,268 permohonan kahwin bawah umur

TIMBALAN Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Hjh Azizah Dato’ Seri Panglima Mohd Dun. – Foto Khairul Azhar Ahmad

KUALA LUMPUR: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merekodkan 6,268 permohonan perkahwinan bawah umur membabitkan umat Islam bagi tahun 2010 hingga 2015.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata pada tahun lalu, jumlah permohonan direkodkan sebanyak 1,025 kes, 2014 (1,032 kes), 2013 (1,090 kes), 2012 (1,095 kes), 2011 (1,045 kes) dan 981 kes pada 2010.

Beliau berkata, bagi bukan Muslim, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan jumlah perkahwinan bawah umur sebanyak 2,775 kes bagi tempoh sama.

“Pada tahun lalu, sebanyak 328 kes direkodkan diikuti 410 kes (2014), 514 kes (2013), 468 kes (2012), 502 kes (2011) dan 553 (2010),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) yang ingin tahu jumlah kes perkahwinan membabitkan remaja bawah umur dan langkah memastikan ia tidak berleluasa dalam kalangan masyarakat.

Azizah berkata, perundangan berkaitan perkahwinan adalah mengikut undang-undang keluarga yang ditadbir secara berasingan bagi beragama Islam, bukan Islam dan mengikut adat di Sabah serta Sarawak.

Katanya, mengikut Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di negeri, perkahwinan bawah umur 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun untuk gadis perlu mendapat kelulusan Mahkamah Syariah.

Sumber: Berita Harian

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in April 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 30, 2026 March 31, 2026 April 1, 2026 April 2, 2026 April 3, 2026 April 4, 2026 April 5, 2026
April 6, 2026 April 7, 2026 April 8, 2026 April 9, 2026 April 10, 2026 April 11, 2026 April 12, 2026
April 13, 2026 April 14, 2026 April 15, 2026 April 16, 2026 April 17, 2026 April 18, 2026 April 19, 2026
April 20, 2026 April 21, 2026 April 22, 2026 April 23, 2026 April 24, 2026 April 25, 2026 April 26, 2026
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026