BENGKEL LANJUTAN PEMAHAMAN DAN PENGIRAAN FARAID TAHUN 2023

10 Mei 2023 – Bahagian Latihan JKSM (BL) sekali lagi telah menganjurkan satu latihan secara fizikal iaitu Bengkel Lanjutan Pemahaman dan Pengiraan Faraid 2023 pada 9-10 Mei 2023 (Selasa-Rabu) bertempat di Bilik Latihan, Aras 4, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Bengkel kali ini dihadiri seramai 30 orang peserta daripada pelbagai gred jawatan pegawai dan kakitangan perkhidmatan agensi kehakiman syariah dari seluruh Malaysia.

Bengkel ini merupakan lanjutan dan kesinambungan daripada Bengkel Asas Pemahaman dan Pengiraan Faraid Tahun 2022 yang berjaya dilaksanakan pada tahun lalu. Input dan saranan daripada peserta bengkel tersebut yang menjadi pencetus kepada pelaksanaan bengkel lanjutan kali ini.

Antara objektif bengkel kali ini adalah memberi kemahiran kepada peserta kaedah pembahagian dan pengiraan harta secara adil berdasarkan kaedah munasakhat (berlapis) menurut Syariat Islam serta memberi kemahiran dan kefahaman peserta berhubung susur galur waris-waris yang berhak berdasarkan kepada siasatan.

Penceramah kali ini ialah Yang Arif Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perundangan dan kehakiman syariah bagi kes harta.

Di akhir bengkel ini, para peserta didedahkan dengan latihan amali dimana para peserta perlu menyelesaikan contoh-contoh permasalahan kes faraid secara berlapis.

Bengkel selama 2 hari ini di akhiri dengan perasmian penutup yang disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Latihan, Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin. Dalam ucapannya beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah dan mengucapkan tahniah kepada semua para peserta yang berjaya memberikan komitmen yang tinggi serta mengikuti bengkel ini dengan jayanya. Beliau juga berharap agar para peserta dapat mengamalkan dan dapat menyelesaikan isu-isu pembahagian Faraid di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia dengan menggunakan sistem E-Syariah yang lebih cepat dan berkesan.

Last Updated on May 10, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 30, 2026 March 31, 2026 April 1, 2026 April 2, 2026 April 3, 2026 April 4, 2026 April 5, 2026
April 6, 2026 April 7, 2026 April 8, 2026 April 9, 2026 April 10, 2026 April 11, 2026 April 12, 2026
April 13, 2026 April 14, 2026 April 15, 2026 April 16, 2026 April 17, 2026 April 18, 2026 April 19, 2026
April 20, 2026 April 21, 2026 April 22, 2026 April 23, 2026 April 24, 2026 April 25, 2026 April 26, 2026
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026