π·πΌπ»πΉπ¨π±π¨ππ¨ | Seramai 41 warga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Agensi Hal Ehwal Agama Tahun 2024 yang berlangsung penuh gemilang di Hotel Everly, Putrajaya.
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Senator Datoβ Setia Dr. Haji Mohd Naβim Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiringi bersama Timbalan Menteri, YB Dr. Zulkifli Hasan, dengan disaksikan oleh YAA Datoβ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM.
Penganjuran majlis ini merupakan kolaborasi bersama antara agensi-agensi Hal Ehwal Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bertujuan untuk menghargai serta memberi pengiktirafan kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi luar biasa, dedikasi tinggi dan komitmen berterusan dalam perkhidmatan. Keseluruhan adalah seramai 377 warga agensi Hal Ehwal Agama yang diraikan dimana ia merupakan simbol kecekalan, integriti dan itqan mereka!
JKSM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Semoga kecemerlangan ini terus subur dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja JKSM dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
βπ»πππππππ πππππππππππππ π πππ π°ππππ πππππ π π ππππ π΄πππππππ.β
πΌπππ π²πππππππππ π ππ π²πππππππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ


Last Updated on April 24, 2025





