Bahagian Dasar dan Penyelidikan
Navigasi Bahagian
- Bahagian Sokongan Keluarga
- Bahagian Latihan
- Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan
- Bahagian Dasar dan Penyelidikan
- Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
- Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod
- Program Kehakiman
- Unit Komunikasi dan Korporat
- Unit Integriti
Fungsi Bahagian: Bahagian Dasar dan Penyelidikan
Latar Belakang
Bahagian Dasar dan Penyelidikan dulunya dikenali dengan nama Cawangan Penyelidikan. Cawangan Penyelidikan ini telah wujud sejak awal penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia iaitu pada 15 Disember 1998. Menyedari tentang kepentingan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di dalam sesebuah organisasi, fungsi penyelidikan semakin diperluaskan. Melalui penstrukturan semula JKSM pada 16 Februari 2008, bahagian ini kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP).
Fungsi dan Peranan
- Menjalankan penyelidikan berkaitan perundangan dan Syariah serta kajian berhubung hal ehwal Mahkamah Syariah.
- Menyediakan input-input hasil penyelidikan undang-undang dan hukum syarak berkaitan isu perundangan dan Syariah serta isu pentadbiran dan pengurusan di Mahkamah Syariah.
- Memberi maklumat yang terkini berhubung perkembangan Undang-undang Syariah yang diguna pakai di Mahkamah Syariah, cadangan atau pandangan kepada jabatan dan agensi luar berkenaan sesuatu isu perundangan dan syariah, isu pentadbiran dan pengurusan kes di Mahkamah Syariah.
- Bekerjasama dengan pusat penyelidikan dan agensi kerajaan, institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan lain-lain program kajian berkaitan undang-undang dan kehakiman syariah.
- Memperhalus undang-undang syariah yang sedia ada dan diguna pakai di Mahkamah Syariah agar lebih kemas dan berkesan