Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
Navigasi Bahagian
- Bahagian Sokongan Keluarga
- Bahagian Latihan
- Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan
- Bahagian Dasar dan Penyelidikan
- Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
- Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod
- Program Kehakiman
- Unit Komunikasi dan Korporat
- Unit Integriti
Fungsi Bahagian: Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
Latar Belakang
Bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM). Ia diletakkan secara langsung di bawah seliaan Pengarah Kanan (Pengurusan), Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M14.
BKPSM diketuai oleh Pengarah Bahagian, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M13. Bahagian ini mempunyai tiga (3) seksyen iaitu Seksyen Khidmat Pengurusan, Seksyen Perkhidmatan dan Sumber Manusia serta Seksyen Kewangan dan Pembangunan. Ketiga-tiga seksyen ini diselia oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP), masing-masing Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M12.
Seksyen Khidmat Pengurusan berperanan mengendalikan semua urusan pentadbiran am, mengurus dan melaksanakan pengurusan perolehan dan mentadbir pengurusan stor dan aset Jabatan.
Seksyen Perkhidmatan dan Sumber Manusia pula umumnya berperanan mengendalikan semua urusan perjawatan, kemajuan kerjaya dan perkhidmatan Pegawai Syariah Perkhidmatan Guna Sama Persekutuan dan pegawai / kakitangan guna sama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).
Seksyen Pembangunan diamanahkan untuk menyelaras, mengurus dan menyelia urusan belanjawan Jabatan dan mengendalikan semua urusan pembangunan fizikal Mahkamah-mahkamah Syariah yang diluluskan oleh Kerajaan di samping mengendalikan urusan pembangunan pejabat sedia ada.
Fungsi dan Peranan
Mengendalikan semua urusan pentadbiran am, kewangan, sumber manusia dan pembangunan fizikal Mahkamah-mahkamah Syariah yang diluluskan oleh Kerajaan di samping mengendalikan urusan pembangunan pejabat sedia ada.