Bahagian Sokongan Keluarga
Navigasi Bahagian
- Bahagian Sokongan Keluarga
- Bahagian Latihan
- Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan
- Bahagian Dasar dan Penyelidikan
- Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
- Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod
- Program Kehakiman
- Unit Komunikasi dan Korporat
- Unit Integriti
Fungsi Bahagian: Bahagian Sokongan Keluarga
Latar Belakang
Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) merupakan Bahagian yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) rentetan daripada permasalahan berhubung pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah. Menyedari keruncingan masalah pengabaian perintah Mahkamah Syariah berkaitan pembayaran nafkah, maka Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-46 pada 7 Jun 2007 yang dipengerusikan oleh Mantan Perdana Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi (pada ketika itu) telah memutuskan agar BSK diwujudkan. Keputusan ini telah direalisasikan pada bulan Oktober 2008 apabila BSK ditubuhkan dan mula beroperasi sejak April 2009 dengan menempatkan seramai 96 orang pegawai dan kakitangan JKSM di seluruh Mahkamah/Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri.
Fungsi dan Peranan
- Menguruskan bantuan kewangan sementara dalam bentuk
pendahuluan nafkah. - Memberi nasihat perundangan syariah kepada pihak-pihak.
- Melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman.
- Melaksanakan tugas peguam syarie dan bailif dalam penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah.
UNIT DI BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA SEKSYEN NEGERI
Unit Khidmat Nasihat Perundangan (UKNP)
- Bertanggungjawab mengendalikan sesi khidmat nasihat kepada pelanggan;
- Mengeluarkan notis kehadiran yang bertujuan untuk memanggil dan menjalankan siasatan terhadap bekas suami atau bapa; dan
- Menjalankan proses runding cara yang mana pegawai BSK akan berusaha untuk mendapatkan persetujuan bersama daripada pihak-pihak dalam penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah dan mut’ah.
Unit Pengurusan Dana (UPD)
- Membuat bayaran pendahuluan nafkah sementara kepada isteri/bekas isteri/ibu atau anak yang berkelayakan selama tempoh 6 bulan;
- Menyediakan syor kelulusan penerima dana untuk pertimbangan Jawatankuasa Akaun Amanah;
- Mengemaskini maklumat kutipan balik dana oleh penghutang penghakiman/pemiutang penghakiman; dan
- Menyelia dan menyelenggara Akaun Amanah BSK dan KWASK agar mematuhi prosedur kewangan.
Unit Penguatkuasaan & Pelaksanaan Perintah (UPPP)
- Menjalankan tugas sebagai peguam Syarie dalam mendapatkan perintah penguatkuasaan daripada Mahkamah Syariah yang berkaitan.
- Bertanggungjawab sebagai bailif bagi menjalankan kaedah-kaedah penguatkuasaan yang diputuskan oleh mahkamah.
- Menentukan jenis tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah dalam salah satu bentuk tindakan seperti Notis Tunjuk Sebab/Komital, Penyitaan dan Penjualan, Penyitaan dan Penghantarserahan Harta Alih, Hiwalah, Saman Penghutang Penghakiman, Notis Penghakiman dan Ubah Perintah Saman Penghutang Penghakiman.
Carta Organisasi Bahagian