BENGKEL TINTA SULH SIRI 2 TAHUN 2023

PUTRAJAYA, 21 Februari 2023 – Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Bengkel Tinta Sulh Siri 2 tahun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat BPKR dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Tinta Sulh ini merupakan bengkel penulisan yang bertujuan untuk memberi galakkan kepada Pegawai Sulh untuk menulis mengenai apa sahaja tajuk yang mereka suka terutamanya dalam bidang perundangan Syariah.

Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk:

a. Melatih peserta secara praktikal dalam penulisan Artikel/Buku yang berkualiti dari segi hukum Syarak dan undang-undang;

b. Memberi pendedahan kepada Pegawai Sulh agar menguasai ilmu penulisan;

c. Memberikan garis panduan dan latihan penulisan kepada Pegawai Sulh untuk untuk menghasilkan artikel yang mengembangkan idea dan kreativiti Pegawai Sulh secara berterusan dalam penulisan;

d. Menjelaskan kepada para peserta kriteria penulisan yang berkualiti dan pencarian sumber rujukan yang dipercayai;

e. Menghasilkan Jurnal Sulh Malaysia.

Bengkel ini dikendalikan oleh YBrs. Dr. Hendun binti Abd Rahman Shah, Pensyarah Kanan/ Fellow Pelawat di JKSM dibantu oleh fasilitator yang dilantik iaitu YBrs. Dr. Wan Azimin bin Wan Adnan Pegawai Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, YBrs. Dr. Hanifah binti Haydar Ali Tajuddin Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKSM, dan YBrs. Dr. Roziana binti Mat Amin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Latihan JKSM untuk menyelia penulisan artikel para peserta.

Di awal bengkel ini, para peserta telah diberikan taklimat bengkel oleh Puan Norul Aina binti Bahari, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Sulh. Bengkel tersebut telah disertai seramai 30 orang peserta terdiri dalam kalangan Pegawai Sulh seluruh Malaysia secara fizikal dan atas talian (online).Di akhir bengkel dijangka setiap Pegawai Sulh berjaya menulis satu artikel berkaitan perundangan syariah untuk diterbitkan dalam Jurnal Sulh.

Last Updated on February 22, 2023

Kalendar JKSM

Events in October 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 28, 2026 September 29, 2026 September 30, 2026 October 1, 2026 October 2, 2026 October 3, 2026 October 4, 2026
October 5, 2026 October 6, 2026 October 7, 2026 October 8, 2026 October 9, 2026 October 10, 2026 October 11, 2026
October 12, 2026 October 13, 2026 October 14, 2026 October 15, 2026 October 16, 2026 October 17, 2026 October 18, 2026
October 19, 2026 October 20, 2026 October 21, 2026 October 22, 2026 October 23, 2026 October 24, 2026 October 25, 2026
October 26, 2026 October 27, 2026 October 28, 2026 October 29, 2026 October 30, 2026 October 31, 2026 November 1, 2026