Hakim syarie, pegawai syariah perlu berintegriti tinggi

Ismail Sabrii

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru hakim syarie dan pegawai syariah agar sentiasa mengamalkan sikap integriti yang tinggi dan tenang dalam membuat suatu keputusan.

Beliau berkata, sikap tersebut juga perlu dalam mereka melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang dipikul.

“Nasihat saya kepada semua hakim Syarie dan Pegawai Syariah seluruh Malaysia hendaklah merapatkan saf dan bersama-sama dengan kepimpinan semasa dalam mencapai usaha-usaha bagi memartabatkan sistem Kehakiman Syariah di negara ini.

“Sifat kebersamaan dan nilai musyawarah inilah merupakan tunjang bagi prinsip kekeluargaan yang saya hasratkan dan bersama-samalah untuk kita menzahirkannya di dalam Institusi Kehakiman dan Perundangan Syariah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap secara online merasmikan Persidangan Kehakiman Syariah Antarabangsa (PKA) 2021 anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini.

Program julung kali diadakan bertujuan mempertingkatkan kerjasama dan memenuhi aspirasi Malaysia sebagai pusat perkembangan bagi institusi kehakiman syariah seterusnya menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan bagi sistem kehakiman dan perundangan syariah.

Persidangan kali ini dihadiri oleh pelbagai negara termasuk para peserta dari Palestin, Qatar, Republik Yaman, Papua New Guines, Maldives, Australia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Ismail Sabri berkata, melalui persidangan antarabangsa seperti PKA, perbincangan ilmiah mengenai isu-isu kehakiman syariah dapat diadakan.

Katanya, usaha itu amat penting dalam membantu pihak kerajaan dan pihak berkuasa agama negeri-negeri mendapatkan penjelasan berhubung isu-isu undang-undang syarak yang kadang-kala agak rumit untuk ditangani secara bersendirian.

“Saya menyedari bahawa tugas dan tanggungjawab para Hakim Syarie dan Pegawai Syariah amat berat dalam menegakkan hukum berlandaskan agama Islam. Bagaimanapun, mereka hendaklah menyempurnakan tugas-tugas yang diamanahkan dengan penuh sabar dan ikhlas,” katanya. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in March 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 23, 2026 February 24, 2026 February 25, 2026 February 26, 2026 February 27, 2026 February 28, 2026 March 1, 2026
March 2, 2026 March 3, 2026 March 4, 2026 March 5, 2026 March 6, 2026 March 7, 2026 March 8, 2026
March 9, 2026 March 10, 2026 March 11, 2026 March 12, 2026 March 13, 2026 March 14, 2026 March 15, 2026
March 16, 2026 March 17, 2026 March 18, 2026 March 19, 2026 March 20, 2026 March 21, 2026 March 22, 2026
March 23, 2026 March 24, 2026 March 25, 2026 March 26, 2026 March 27, 2026 March 28, 2026 March 29, 2026
March 30, 2026 March 31, 2026 April 1, 2026 April 2, 2026 April 3, 2026 April 4, 2026 April 5, 2026