KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM MERAFAK SEMBAH MENJUNJUNG KASIH MENGADAP KDYMM TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS

SEPANG- KDYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan KDYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan menerima mengadap YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YA Dato’ Haji Mohd Shukor bin Sabudin dan YA Dato’ Mohamad Shakir bin Haji Abdul Hamid yang merupakan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSN Perlis.

Sayugia, YAA Dato’ yang mengetuai delegasi JKSM merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan KDYMM Tuanku menerima mengadap delegasi JKSM berkenaan.

YAA Dato’ juga dengan penuh takzimnya merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada KDYTM Raja Puan Muda Perlis yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Pertemuan bersama KDYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis berlangsung penuh harmoni dengan kehadiran bersama Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis serta YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Hadir sama, Ketua Pendaftar JKSN Perlis selaku wakil Ketua Hakim Syarie negeri Indera Kayangan tersebut.

Dirgahayu KDYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis.

Last Updated on June 13, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026
May 4, 2026 May 5, 2026 May 6, 2026 May 7, 2026 May 8, 2026 May 9, 2026 May 10, 2026
May 11, 2026 May 12, 2026 May 13, 2026 May 14, 2026 May 15, 2026 May 16, 2026 May 17, 2026
May 18, 2026 May 19, 2026 May 20, 2026 May 21, 2026 May 22, 2026 May 23, 2026 May 24, 2026
May 25, 2026 May 26, 2026 May 27, 2026 May 28, 2026 May 29, 2026 May 30, 2026 May 31, 2026