KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENDAKWAAN SYARIE WILAYAH PERSEKUTUAN (JAPENSWP)

PUTRAJAYA | Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie JAPENSWP yang baharu Tuan Abdul Razak bin Nayan bersama delegasi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain di Pejabat KP/KHS JKSM, pagi ini.

Kunjungan hormat itu diadakan bertujuan untuk membincangkan hal ehwal kerja dan perkembangan semasa JAPENSWP, disamping bertukar-tukar pandangan secara efektif selain meneruskan kesinambungan silaturahim antara agensi Hal Ehwal Agama di peringkat Perekutuan.

Semoga dengan kunjungan hormat seumpama ini dapat menyemarakkan lagi gerak kerja yang lebih tersusun dalam kerangka meneruskan kecemerlangan JKSM dan JAPENSWP bagi memartabatkan institusi kehakiman dan perundangan Syariah di negara ini.

Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat tersebut, Timbalan Pengarah Bahagian Perbicaraan, Rayuan dan Penyelidikan iaitu Tuan Mawardi bin Che Man dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Khidmat Pengurusan, Puan Wan Aizaa binti Wan Abdullah.

Last Updated on June 23, 2023

Kalendar JKSM

Events in June 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 1, 2026 June 2, 2026 June 3, 2026 June 4, 2026 June 5, 2026 June 6, 2026 June 7, 2026
June 8, 2026 June 9, 2026 June 10, 2026 June 11, 2026 June 12, 2026 June 13, 2026 June 14, 2026
June 15, 2026 June 16, 2026 June 17, 2026 June 18, 2026 June 19, 2026 June 20, 2026 June 21, 2026
June 22, 2026 June 23, 2026 June 24, 2026 June 25, 2026 June 26, 2026 June 27, 2026 June 28, 2026
June 29, 2026 June 30, 2026 July 1, 2026 July 2, 2026 July 3, 2026 July 4, 2026 July 5, 2026