KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JKSM BERSAMA PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA (MFD), PERSATUAN JURUBAHASA ISYARAT MALAYSIA (MYASLI) DAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA (PRISMA) KEPADA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

PUTRAJAYA | Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), JKSM telah mengadakan kunjungan hormat bersama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MYASLI) dan Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) kepada Ketua Pengarah /Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa pihak JKSM menyahut dasar kerajaan bagi memastikan OKU mendapat kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat khususnya ketika berurusan di Mahkamah Syariah.

Buat julung kalinya Bahagian Sokongan Keluarga JKSM berkolaborasi bersama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MYASLI) dan Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia ( PRISMA ) dalam merencana program penerangan dan pemahaman kepada masyarakat awam mengenai prosedur undang-undang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BSK.

Kunjungan hormat ini dihadiri oleh Encik Mohamad Sazali bin Shaari selaku Presiden Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Puan Wan Zuraida Abu selaku Ketua Jurubahasa Isyarat MFD merangkap Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MyASLI) dan Encik Aqlam Jafri selaku Yang Dipertua Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA).

Turut hadir adalah Tuan Mohamad Zakian bin Dio,Pengarah Kanan ( Kehakiman ) JKSM dan Puan Maria binti Jilani,Pengarah Bahagian Sokongan keluarga JKSM.

Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai perkhidmatan jurubahasa isyarat dan cadangan penambahbaikkan bagi kemudahan OKU pendengaran dan pertuturan di Mahkamah Syariah.

Last Updated on September 27, 2023

Kalendar JKSM

Events in August 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 28, 2025 July 29, 2025 July 30, 2025 July 31, 2025 August 1, 2025 August 2, 2025 August 3, 2025
August 4, 2025 August 5, 2025 August 6, 2025 August 7, 2025 August 8, 2025 August 9, 2025 August 10, 2025
August 11, 2025 August 12, 2025 August 13, 2025 August 14, 2025 August 15, 2025 August 16, 2025 August 17, 2025
August 18, 2025 August 19, 2025 August 20, 2025 August 21, 2025 August 22, 2025 August 23, 2025 August 24, 2025
August 25, 2025 August 26, 2025 August 27, 2025 August 28, 2025 August 29, 2025 August 30, 2025 August 31, 2025