KUNJUNGAN HORMAT JKSM DAN MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KE MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

KUALA LUMPUR | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 7 Ogos 2023 bertempat di MAIWP, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat yang diketuai oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran Bin Mat Zain Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM ini telah disambut oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP serta pegawai-pegawai kanan MAIWP.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan MAIWP khususnya dengan YBhg. Tan Sri Dr. yang sememangnya mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor kewangan bagi memberikan pandangan dan idea dalam pengurusan dana Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM.

Pandangan daripada pihak yang mempunyai kaitan secara langsung dengan dana BSK ini amat penting bagi membolehkan penambahbaikan pengurusan dana BSK dibuat dari semasa ke semasa. Sebelum ini, MAIWP telah menyumbangkan dana kepada BSK Seksyen Wilayah Persekutuan pada tahun 2010 bagi tujuan pengoperasian BSK Seksyen Wilayah Persekutuan dan penyaluran bantuan nafkah kepada pihak yang berkelayakan.

Selain itu, perbincangan turut dimaklumkan bahawa kerjasama lanjut antara JKSM dan MAIWP akan diadakan bagi membolehkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan dapat dilaksanakan. Terdahulu, BSK boleh menyalurkan maklumat bekas isteri atau ibu yang berkelayakan bagi skim bantuan yang bersesuaian oleh MAIWP selain daripada bantuan dana BSK yang sedia ada.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah YA Puan Hajjah Noor Hadina binti Haji Ahmad Zabidi, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, YAA Tuan Hj. Mohd Asri bin Hj. Tahir, Ketua Hakim Syarie MSWP, Yang Berusaha Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM, Puan Maria binti Jilani, Pengarah BSK JKSM berserta pegawai-pegawai dari BSK JKSM dan BSK Seksyen Wilayah Persekutuan.

Last Updated on August 14, 2023

Kalendar JKSM

Events in September 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
August 31, 2026 September 1, 2026 September 2, 2026 September 3, 2026 September 4, 2026 September 5, 2026 September 6, 2026
September 7, 2026 September 8, 2026 September 9, 2026 September 10, 2026 September 11, 2026 September 12, 2026 September 13, 2026
September 14, 2026 September 15, 2026 September 16, 2026 September 17, 2026 September 18, 2026 September 19, 2026 September 20, 2026
September 21, 2026 September 22, 2026 September 23, 2026 September 24, 2026 September 25, 2026 September 26, 2026 September 27, 2026
September 28, 2026 September 29, 2026 September 30, 2026 October 1, 2026 October 2, 2026 October 3, 2026 October 4, 2026