KURSUS PENGUATKUASAAN, PELAKSANAAN PERINTAH DAN PERINTAH BERSALING HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH ZON TIMUR DAN ZON SELATAN

PUTRAJAYA| Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Kursus Penguatkuasaan, Pelaksanaan Perintah dan Perintah Bersaling Hakim Mahkamah Rendah Syariah Zon Timur dan Zon Selatan kepada Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Zon Timur dan Zon Selatan bermula 20 Jun 2023 hingga 21 Jun 2023.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu, Tuan Mohd Hirman bin Ab Raub, Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya, Klang Selangor. Kumpulan sasaran peserta wajib bagi kursus kali ini ialah seramai 52 orang Hakim Syarie MRS Zon Timur dan Zon Selatan yang bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) Pahang, JKSN Terengganu, JKSN Kelantan, JKSN Negeri Sembilan, Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan JKSN Johor.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta berhubung kaedah-kaedah dan bentuk-bentuk penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta/Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Kursus ini juga dapat memberi panduan kepada peserta dalam pendengaran serta penghakiman kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah dan pengendorsan Perintah Bersaling.

Semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini berlangsung selama dua hari. Semoga kecekapan para peserta dalam menjalankan tugasan hakiki sebagai Hakim Syarie di MRS akan dapat dipertingkatkan hasil daripada kursus ini.

Last Updated on June 20, 2023

Kalendar JKSM

Events in February 2027

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 1, 2027 February 2, 2027 February 3, 2027 February 4, 2027 February 5, 2027 February 6, 2027 February 7, 2027
February 8, 2027 February 9, 2027 February 10, 2027 February 11, 2027 February 12, 2027 February 13, 2027 February 14, 2027
February 15, 2027 February 16, 2027 February 17, 2027 February 18, 2027 February 19, 2027 February 20, 2027 February 21, 2027
February 22, 2027 February 23, 2027 February 24, 2027 February 25, 2027 February 26, 2027 February 27, 2027 February 28, 2027