KURSUS PROTOKOL, ETIKET SOSIAL DAN PENGURUSAN MAJLIS 2023

Bertarikh 20 hingga 22 Mac 2023, Bahagian Latihan JKSM (BL) telah menganjurkan Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis 2023 secara fizikal bertempat di Hotel Ancasa Resident, Port Dickson, Negeri Sembilan yang dihadiri seramai 40 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai gred perkhidmatan agensi kehakiman dan perundangan syariah dari seluruh Malaysia.

Kursus ini telah dirangka khusus untuk memberikan pengetahuan mengenai tatacara dan aspek pengurusan majlis yang betul mengikut protokol penganjuran sesuatu majlis. Selain itu, kursus ini juga memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran pengurusan profesionalisme individu bagi menjayakan sesuatu majlis sekaligus memberikan imej yang baik kepada organisasi.

Objektif kursus ini antara lain memberi pengetahuan etika dan protokol dalam sesuatu majlis, mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol etiket dan komunikasi dimana adalah diharapkan agar para peserta mengetahui apakah perbezaan pengurusan majlis rasmi dan tidak rasmi, formal dan tidak formal di peringkat organisasi, negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa.

Kursus ini dijayakan oleh dua orang tenaga pengajar daripada Perunding Latihan Kanan dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kuala Lumpur iaitu Puan Suzana Binti Ibrahim, Ketua Unit Kecemerlangan Komunikasi Dan Bahasa Melayu dan Ts. Dr. Rohaizan Binti Daud, Perunding Latihan, Kecemerlangan Komunikasi dan Bahasa Melayu (Komunikasi).

Di akhir kursus, para peserta diberi simulasi dan latihan dalam kumpulan yang dibimbing oleh tenaga pengajar dan penilaian dijalankan. Kursus selama 3 hari ini diakhiri dengan perasmian penutup yang disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Latihan JKSM. Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penceramah serta tahniah kepada para peserta yang berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya. JKSM amat berharap agar segala ilmu dan latihan yang diperolehi daripada kursus ini dapat diamalkan dalam menjayakan sesuatu majlis di jabatan masing-masing.

Last Updated on March 20, 2023

Kalendar JKSM

Events in June 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 1, 2026 June 2, 2026 June 3, 2026 June 4, 2026 June 5, 2026 June 6, 2026 June 7, 2026
June 8, 2026 June 9, 2026 June 10, 2026 June 11, 2026 June 12, 2026 June 13, 2026 June 14, 2026
June 15, 2026 June 16, 2026 June 17, 2026 June 18, 2026 June 19, 2026 June 20, 2026 June 21, 2026
June 22, 2026 June 23, 2026 June 24, 2026 June 25, 2026 June 26, 2026 June 27, 2026 June 28, 2026
June 29, 2026 June 30, 2026 July 1, 2026 July 2, 2026 July 3, 2026 July 4, 2026 July 5, 2026