MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU 2023M/1444H

01 Jun 2023 – Majlis Bacaan Yasin sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku 2023M/1444H di Masjid Negara, Kuala Lumpur telah dilaksanakan pada 01 Jun 2023 bersamaan 12 Zulkaedah 1444H (Khamis) yang bermula pada jam 7.00 malam.

YAA. Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM turut hadir bersama dalam majlis pada hari ini serta beberapa Menteri Kabinet dan dif-dif kehormat.

Bacaan Yasin, doa selamat dan Solat Hajat telah dipimpin oleh YBrs. Imam Besar Masjid Negara, al-Fadhil Ustaz Tuan Haji Ehsan bin Mohd Hosni.

Dirgahayu Tuanku,

Merafak sembah dan setinggi tahniah. Semoga Yang Maha Esa sentiasa melindungi Tuanku, melanjutkan usia Tuanku, dilimpah dengan kebahagian, kesihatan yang baik buat Tuanku dan sekeluarga.

Daulat Tuanku!

Sumber gambar : FB Masjid Negara Malaysia

Last Updated on June 1, 2023

Kalendar JKSM

Week of Oct 13th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
October 12, 2026 October 13, 2026 October 14, 2026 October 15, 2026 October 16, 2026 October 17, 2026 October 18, 2026